Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, berkongsi pendapat mengenai perubahan diri seseorang ke arah yang lebih baik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Danielle Kerap Periksa Gajet, Sibukkan Anak Dengan Sukan – ‘Bapa Mereka Sangat Menentang Game Online Itu’
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Dilamun Cinta, Berpegangan Tangan Dengan Jejaka Di Pusat Beli-Belah?
Tidak pernah terlambat untuk berubah
Menerusi perkongsian di TikTok, Diana, atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata bahawa tidak pernah terlambat untuk berubah dalam apa jua aspek kehidupan.
Ujarnya, jika perubahan itu bersifat positif, tiada penghalang untuk kita melakukannya.
Satu perkara yang saya belajar sepanjang hidup, tidak pernah terlambat untuk memperbaiki diri.
Tak kira apa pun. Kadang-kadang orang cakap dah terlambat. Benda dah jadi atau usia dah lanjut.
Kalau perkara itu perubahan yang positif, tidak akan pernah terlambat.
Perbaiki hubungan, keadaan, diri atau apa sahaja.
Perlukan keberanian

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Raja Dusta’ itu turut menitipkan pesanan supaya setiap individu memiliki keberanian untuk melangkah ke hadapan.
Tambahnya, setiap perubahan memerlukan masa untuk kita menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
Anda memerlukan keberanian. Perkara itu lah yang sebenarnya menjadi titik supaya kita kedepan.
Tapi jangan berubah banyak sangat dalam satu masa.
Perubahan itu perlukan pertukaran sisi lama kita.
Perlukan masa untuk kita faham kehidupan baru agar dapat duduk di situ selamanya.
Sumber: TikTok @DianaDanielle
The post [VIDEO] ‘Anda Memerlukan Keberanian’ – Diana Danielle Yakin Tidak Terlambat Untuk Memperbaiki Diri first appeared on OHBULAN!.





