27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nelydia Senrose Respon Hantaran Aprena Manrose Tentang Anak – ‘Saya Faham Perasaan Dia..Kami Sama-Sama Menanti Zuriat’

    Shopee Sale

    Pelakon, Datin Nelydia Senrose tampil memberikan respon selepas sepupunya yang juga aktres, Aprena Manrose berkongsi sebuah hantaran mengenai cahaya mata di media sosial baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Dulu Sama-Sama TTC Dengan Nelydia, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak’ – Aprena Manrose

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nelydia Senrose Sebak Bakal Timang Zuriat Pertama Selepas 7 Tahun Menanti – ‘Rezeki Allah Akan Beri Tepat Pada Waktunya’

    Perjalanan Nelydia & Aprena

    Ketika ditemui , Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, menjelaskan bahawa hantaran tersebut adalah merujuk kepada perjalanan mereka untuk menimang zuriat sebelum ini.

    Menurut Nellydia, sebelum disahkan hamil, dia dan Aprena berkongsi pengalaman yang sama dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

    Bila saya dan dia sudah berkahwin, kami sama-sama menantikan kehadiran zuriat. Kami sama-sama dalam perjalanan yang sama, itu sebenarnya maksud hantaran yang dibuat Aprena.

    Tahun pertama tak dapat (anak), tahun kedua pun masih serupa.. jadi kami sering bercakap mengenainya, tentang kesihatan dan apa yang perlu kami lakukan lagi.

    Selama ini kami ada topik yang sama untuk berbual dan Alhamdulillah, dah sampai masa Allah berikan saya keizinan untuk merasa kehamilan ini.

    Jadi saya faham perasaan dia. Dan pasal TTC t(rying to conceive/ cuba untuk hamil) journey itu, mungkin dia bermaksud tentang pengharapan kami sebelum ini.

    Nelydia berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian restorannya, Seminyak Indonesia Soul Food yang berlangsung di KLGCC Mall baru-baru ini.

    MENARIK:  Tekaan Netizen Tepat! Tya Ariffin Umum Hamil Anak Ketiga

    Dalam masa sama, pelakon drama Seindah Hujan Cinta menitipkan doa untuk kebahagiaan Aprena dan juga kepada kaum Hawa yang sedang menanti kehadiran anak.

    Saya sentiasa mendoakan bukan untuk dia saja tetapi untuk semua orang yang masih menantikan cahaya mata.

    Saya sentiasa mendoakan itu sebab saya tahu perasaan macam mana bila kita berkahwin dan mengharapkan zuriat sendiri.

    Saya juga merasakan salah satu asbab, mungkin kalau kita mendoakan untuk orang, malaikat akan mendoakan kita balik.

    Mendoakan kebaikan untuk orang lain..manalah tahu rezeki kita pula selepas itu.

    Terdahulu ini, Nelydia mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan. Nelydia bagaimanapun  tidak mendedahkan usia kandungannya.

    Aprena kemudian berkongsi luahan perasaannya mengenai perjalanan untuk menimang cahaya mata. Aprena berkata, dia dan Nelly pernah melalui proses TTC namun sehingga kini belum ada rezekinya untuk menimang zuriat sendiri.

    The post Nelydia Senrose Respon Hantaran Aprena Manrose Tentang Anak – ‘Saya Faham Perasaan Dia..Kami Sama-Sama Menanti Zuriat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah