24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Anak Angkat Saya Sudah Mula Bertanya Siapa Ibunya’ – Hafiz Hamidun 

    Shopee Sale



    Penyanyi Hafiz Hamidun memaklumkan masih belum mencari jodoh buat masa ini malah lebih memfokuskan kepada perkembangan anak angkatnya, Hamdee Hafiz yang sedang membesar.

    Bertanya tentang ibu

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun)

    Ketika ditemui , Hafiz atau nama lengkapnya Muhammad Hafiz Hamidun, 40, berkongsi bahawa Hamdee sebelum ini pernah bertanya tentang ibu kandungnya.

    Menurut Hafiz, dia mengakui bukan mudah untuk menjelaskan tentang status sebenar kanak-kanak itu. 

    Dia sudah mula bertanya siapakah ibunya. Jadi saya perlu perlahan-lahan memberikan penerangan supaya dia faham dengan keadaan sebenar.

    Budak-budak sekarang ini tak bodoh, mereka sudah pandai dan boleh berfikir. Jadi agak sukar untuk saya memperkenalkan seseorang (jodoh).

    Dia malah pernah bertanya kepada saya, siapa yang mengandung dan melahirkannya dan ia sangat sukar untuk saya jawab.

    Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Seeking Rahma Gathering 2025, yang berlangsung di Imperial Lexis, Kuala Lumpur pada Khamis.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Dapat Hadiah Kereta Ferrari Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-17

    Fokus pada anak

    Justeru, Hafiz mengakui tidak mudah baginya untuk kembali bergelar suami berikutan dia perlu menumpukan perhatian terhadap anaknya itu.

    Saya belum sempat nak cari pengganti (isteri) kerana anak saya sedang membesar. Dia pun sudah berusia lima tahun dan bersekolah.

    Untuk berkahwin, ianya bukanlah satu keputusan yang mudah. Saya tidak boleh memikirkan tentang diri saya sahaja. 

    Saya perlu melibatkan Hamdee sekali jika mahu membuat keputusan untuk berkahwin.

    Terdahulu, pada 10 Mac 2020 Hafiz mengumumkan telah mengambil seorang anak angkat lelaki sebagai penyeri hidupnya.

    Sekadar info, Hafiz sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama usahawan Joy Revfa pada 2017 namun bercerai selepas lima bulan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah