26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, October 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Stacy Selesa Bermain Dengan Elemen Sabah, Nafi ‘Menyala’ Sindir Mana-Mana Pihak – ‘Ini Bukan Perkara Baharu’

    Shopee Sale



    Penyanyi, Stacy Anam nafi muzik video lagu terbarunya berjudul ‘Menyala’ terkait dengan mana-mana isu sebelum ini.

    Eleman Sabah bukan perkara baru

    Ketika ditemui , Stacy atau nama lengkapnya Ummu Shaikhah Stacy Anam menyatakan elemen Sabah sudah lama dimainkan dalam setiap lagunya.

    Ujarnya, ‘Menyala’ dirakam awal sebelum isu pengunduran dirinya daripada konsert A Night With Sumandak Star.

    Lagu Menyala dihasilkan sebelum isu ini.

    Kalau perasan, sejak 2009 untuk lagu Pakai Buang saya sudah mula letak elemen Sabah. Perkara ini bukan suatu yang baru.

    Saya selesa sebab saya rasa itu diri saya.

    Stacy berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharu berjudul ‘Menyala’ di Courtyard By Marriot, Kuala Lumpur, semalam.

    Sepenuhnya ciptaan sendiri

    Sementara itu, isteri kepada pelantun lagu ‘Bengang’ itu turut menekankan lagu baru ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Bunga Cantik.

    Lagu ini sangat istimewa sebab saya orang baru dalam pembikinan lagu sendiri.

    Ini adalah karya pertama Bunga Cantik.

    Apa yang lebih membuatkan lagu terbarunya ini berharga, Stacy membawa ahli keluarga dari Sabah untuk bersama menjayakan muzik video ‘Menyala’.

    Saya sangat berbesar hati apabila orang-orang yang terlibat dalam muzik video itu adalah saudara mara sendiri.

    Banyak nenek moyang saya yang sudah tiada. Oleh itu, saya kena ambil peluang ini untuk kenangan saya.

    ‘Menyala’ merupakan kerjasama antara Sony Entertaiment Malaysia, Alternate Records dan Rhythm & Rhyme Entertaiment yang sudah berada di semua platform digital.

    MENARIK:  [VIDEO] Intan Najuwa Ambil Ramai Pembantu, Netizen Risau Anak Tak Kenal Ibu – ‘Imane Lunara Bijak, Tahu Mana Satu Mak Dia’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah