Pelakon dan pengacara Amyra Rosli berkongsi detik awal pengenalan dengan suaminya yang juga seorang pelakon iaitu Amar Baharin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amyra Rosli Pantau Anak & Komunikasi Dengan Guru – ‘Kita Kena Pesan Pada Mereka Jangan Membuli’
Artikel Berkaitan: Amyra Rosli Kongsi Cabaran Awal Berhijab – ‘Enam Bulan Pertama Rasa Nak Tanggal Tudung, Tapi Paksa Diri Sebab Kewajipan Allah’
Detik pengenalan
Menerusi satu sesi temu ramah bersama Datuk Rosyam Nor dan Erra Fazira, Amyra mendedahkan bahawa Amar bukan lelaki idamannya.
Ujar Amyra, pada awalnya dia enggan mengahwini seseorang yang berada dalam industri seni.
Sebelum bercinta, kami selalu dapat berlakon sama-sama.
Nak kata tersangkut itu tidak. Awalnya Amar bukan taste saya.
Saya tak nak kahwin dengan orang yang dalam industri. Tapi Amar pandai, dia tackle mak kita.
Masa nak ajak kahwin itu, Amar ajak mak saya berjumpa. Sebab masa dia ajak saya kahwin, saya tolak.
Taste orang tua

Dalam pada itu, Amyra atau nama lengkap Nur Amira Izzati Rosli, 35, mengidamkan lelaki yang berusia dan matang.
Saya suka orang tua. Saya suka orang yang matang.
Biasanya saya dengan kawan-kawan yang sebaya. Dia nak masuk borak itu macam having fun saja.
Bila kita dengan orang lebih matang, kita ada ilmu.
Sekadar info, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar dan Aura Aryssa.
Sumber: TikTok @suhanchannelofficial
The post [VIDEO] Amyra Rosli Suka Lelaki Matang, Amar Baharin Pandai ‘Tackle’ Hati Ibu Mentua first appeared on OHBULAN!.



Setiap hari Ahad | 9.00 malam
Jangan lupa follow & tonton kami di: • YouTube Suhan Channel • YouTube AC GAS TV • Spotify Suhan Channel @Rosyam Nor @Fazira Wan Chek @CEO TONG GAS RINGAN @ACGAS TV #Podcast #Hitamputihkehidupan #Musim6 #ACGAS

