32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Amy Suka Marah Tapi Aku Tetap Sayang Walaupun Kata-Kata Dia Mengguris Hati’ – Kieda Crepe

    Shopee Sale

    Suami kepada usahawan kontroversi, Kieda Crepe iaitu Hilmi Zaki difahamkan kini sedang dirawat di hospital selepas mengalami masalah paru-paru.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saat Saya Gagal Di Negeri Sembilan, Ramai Berlumba Ketawakan Cakap Padan Muka’ – Kieda Crepe

    MENARIK:  Bapa Kandung Memukul Gadis Kerana Melaporkan Pengalaman Dirinya Diperogol

    Artikel Berkaitan:  Kieda Crepe Mengaku Terlalu Beremosi, Mohon Maaf Isu Pelanggan ‘Review’ Jujur– ‘Selepas Ini Andai Tak Kena Selera, Jangan Hina’

    ‘Vape lagi bahaya dari rokok’

    " data-video-id="7545532063483448584" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @crepekieda

    Aku nak jadi macam mama , abah sakit dulu dia marah2 mama . Sebab mood orang sakit ni kan lain .. Tapi Mama tetap jaga abah. Sama juga lani , amy suka marah aku. Tapi aku tetap nak ada dan jaga dia . Aku sayang dia walaupun dia kata pedih-pedih menguris hatikuuuu ~ 😂❤️‍🩹😍 Amy paru paru penuh kahak. Sebelum ni isap rokok ja , pastu dia tinggai rokok dia isap vape . Last2 terus jadi macam ni.. Vape lagi bahaya oo dari rokok, Lebih baik isap rokok daun takpa lagi…… Tapi nak suruh dia stop laa semua , sayang nyawa , sayang keluarga 🩷 Cepat sembuh suamiku @AMY KIEDA MERCHANDISE 🤲🏻 Terima kasih agent insuran trusted kami @Sayuti Samki 🙌🏻 Rojer sat ja dia atur semua , tau-tau admit dah.. #kiedacrepe

    ♬ Lelaki Ini – Album Version – Anuar Zain

    Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan Hilmi atau lebih mesra disapa Amy sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.

    Kieda atau nama penuhnya Siti Nur Khalieda Yusra menjelaskan bahawa masalah kesihatan suaminya itu dipercayai berpunca daripada tabiat menghisap rokok elektronik atau vape.

    Amy paru-paru penuh kahak. Sebelum ni hisap rokok je, lepas tu dia tinggal rokok dia hisap vape. Akhirnya terus jadi macam ni.

    Vape lagi bahaya dari rokok. Lebih baik hisap rokok daun tak apa lagi.

    Ujar Kieda, dia akan tetap berada di sisi suami biarpun diuji dengan keadaan kesihatan.

    Aku nak jadi macam mama, abah sakit dulu dia marah-marah mama. Sebab mood orang sakit ni kan lain tapi Mama tetap jaga abah. 

    Sama juga sekarang, Amy suka marah aku. Tapi aku tetap nak ada dan jaga dia. Aku sayang dia walaupun dia kata pedih-pedih mengguris hatiku.

    Sementara itu, Kieda menitipkan doa agar suaminya itu diberi kesembuhan segera selain berhenti daripada tabiat merokok dan menghisap vape demi menjaga kesihatan serta kebahagiaan keluarga.

    Kieda tak mahu kamu sakit. Cepat sembuh suamiku.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Amy Suka Marah Tapi Aku Tetap Sayang Walaupun Kata-Kata Dia Mengguris Hati’ – Kieda Crepe first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah