33.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ameera Khan & Jefri Nichol Romantis Berpegangan Tangan, Netizen Kata Dah Macam Pasangan Bercinta? – ‘Muka Diorang Sama Lah’

    Shopee Sale



    Nama adik kepada usahawan Noor Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi menjadi topik hangat di media sosial susulan tersebarnya satu video memaparkan momen mesra bersama pelakon, Jefri Nichol.

    Jefri Nichol, Ameera Khan mesra pegang tangan

    Menerusi video yang dikongsikan oleh peminat di TikTok, memaparkan Ameera dan Jefri berada di di sebuah kedai menjual bunga dan di kafe sambil berpegangan tangan. Bukan itu sahaja, kelihatan mereka berdua turut berjalan beriringan dan berpimpin tangan sambil momen bahagia itu dirakam kamera.

    Walau bagaimanapun, video tersebut dipercayai merupakan sebahagian daripada penggambaran bagi mempromosikan jenama pakaian dan beg tangan terkenal.

    Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang melihat kemesraan Ameera dan Jefri. Mereka menyifatkan Jefri seorang lelaki yang ‘redflag’ dan sama sekali tidak sesuai dengan Ameera.

    Ameera suka secondhand rupanya

    Muka diorang sama lah pula

    Ameera tolong sedarkan diri

    Jangan suka sebab dia elok je, menyesal nanti

    Neelofa, mama Kartini tak marah ke Ameera pegang tangan

    Tolong jangan rosakkan keturunan kau Ameera, cari lah lebih baik

    Namun dalam yang sama, ada segelintir daripada mereka memaklumkan agar jangan terlalu mengambil serius memandangkan adegan mesra itu adalah itu adalah sebahagian daripada pembikinan video iklan bagi jenama terkenal tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Fattah Akan Menyatakan Pendirian Untuk Perceraian Secara Baik Pada 7 Oktober’ – Peguam

    Video

    " data-video-id="7442646143474896136">
    @ameerakhan.news Part of the list… #jefri #jefrinichol #ameerakhanjefrinichol #ameera #ameerakhan #ElleMkay #littlemisskhan #jakarta #indonesia #kualalumpur #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fy #baby @Jefri Nichol ? original sound – Ameerakhan.news

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah