29.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 14, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aliff Syukri Hargai Pengorbanan Isteri & Ibu Buat Netizen Sebak – ‘Kita Nampak Sisi Lain Dia, Muliakan Keluarga & Jadi Penenang’

    Shopee Sale



    Hantaran terbaharu yang dikongsikan oleh usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tentang pengorbanan isterinya, Datin Seri Shahida telah menyorot perhatian warganet.

    Hargai isteri & ibu

    " data-video-id="7495776542363028754" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @papalarisofficial

    Ini kisah sy .. tidak sangka dah tua dah saya dah boleh panggil pak cik dan mak cik …Jauhnya perjalanan hidup saya dah.. dari budak yang dilahirkan di Felda kecau pahang… sampailah sekarang terima kasih kepada pengalaman yang lepas ..yang menjadi menjadikan saya lebih matang.. i love my family?????? saya rindu sgt dgn arwah abah saya arwah nenek saya dan arwah bapa mertua saya Al-Fatihah untuk mereka???

    ? Jangan Pernah Menyerah ( Tuhan Tak Pernah Janji ) – Bobby Faraby

    Menerusi hantaran di TikTok, Aliff memuat naik foto dan video sambil mengimbas kembali memori ketika diawal perkahwinannya bersama isteri.

    Kami berkenalan di pejabat, ketika itu saya bekerja sebagai kerani di Sendayu Tinggi.

    Kami bernikah dan usia saya ketika itu 20 tahun.

    Zaman sekarang zaman TikTok, isteri saya banyak membantu..susah dan senang hingga ke tahap ini.

    Dalam masa yang sama, usahawan berusia 38 tahun itu juga tidak lupa akan pengorbanan bonda tercinta, Rozita Ibrahim.

    Ini semua berkat doa ibu dan isteri saya. Indah sungguh percaturan hidup ini, semoga keluarga kami kekal bahagia sampai ke jannah.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat cara Aliff menyanjungi isteri dan ibunya malah mereka juga menyifatkan dirinya sebagai seorang lelaki yang budiman.

    Saya suka bagaimana dia lantang dalam melindungi ibu dan isterinya dari kecaman orang. Inilah yang perlu dilakukan oleh seorang anak dan suami, sebak tengok cara dia jaga keluarga.

    Walaupun dia suka cari pasal dengan netizen tapi tengok cara dia memuliakan ibu dan isteri.

    Sebenarnya ini yang semua isteri mahukan iaitu pembelaan dari suami apabila dimalukan.

    Ada hikmah apa yang berlaku, kita dapat nampak sisi lain Aliff. Dia jadi penenang buat isteri, adik-adik dan bonda.

    Gentleman betul, patutlah dia murah rezeki. Orang fikir datin tumpang senang dia tapi sebenarnya datin yang sanggup bersusah payah dari awal.

    MENARIK:  Azzam Sham Berazam Untuk Tamatkan Kontrak Awal, Ingin Bergerak Sendiri


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah