27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ahli Keluarga Meninggal Di Rumah? Ini Tindakan Awal Yang Boleh Dilakukan Waris

    Shopee Sale



     

    Ajal maut merupakan rahsia Allah dan apabila sampai masanya, ia akan tiba tepat tanpa boleh ditunda atau dipercepatkan.

    Dan sekiranya berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga, apakah tindakan awal yang perlu dilakukan kita sebagai waris terhadap jenazah itu?

    Tindakan awal yang boleh dilakukan

    Berikut Ohbulan! kongsikan video dimuat naik Masjid Bandar Seri Putera mengenai tindakan awal yang boleh dilakukan waris sekiranya berlaku kematian.

    Menerusi TikTok, terdapat lapan tindakan awal yang boleh dilakukan waris sekiranya berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga di kediaman mereka.

    Antara lapan tindakan awal yang boleh dilakukan itu termasuklah:

    1. Tutupkan mata jenazah (jika terbuka)
    2. Tanggalkan baju sementara badan jenazah masih belum keras
    3. Ikatkan tali dari dagu ke kepala supaya mulut tak terbuka
    4. Lekatkan dua tangan di dada dan diikat supaya sendi tak mengeras
    5. Lurus dan rapatkan kaki, kemudian ikat pada kedua ibu jari kaki
    6. Letakkan objek sederhana keras pada perut supaya tak dimasuki angin
    7. Sapukan minyak serta urut pada bahagian sendi badan supaya tidak mengeras dan mudah untuk dimandikan
    8. Tutup kesuluruhan badan jenazah dengan kain
    MENARIK:  ‘Macam Pakai Pampers’ – Netizen Kritik Fesyen Ameera Khan, Nasihat Hormat Bulan Ramadan

    Selepas dilakukan kesemua lapan perkara itu, tunggulah ketibaan pihak hospital untuk melakukan pengesahan kematian.

    Diharapkan perkongsian ini dapat membantu kita sebagai persiapan sekira berlakunya kematian dalam kalangan ahli keluarga kita nanti.

    Video

    " data-video-id="7496484451266891025">
    @masjidbspofficial #masjidbandarseriputra #kematian #pengurusanjenazah ? original sound – Masjid Bandar Seri Putra

     

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah