Penampilan personaliti media sosial, Ameera Khan sekali lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Akui Sudah Lama ‘Move On’, Baik & Kaya Ciri-Ciri Kekasih Baru – ‘Lelaki Itu Perlu Maintain Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Apa Orang Lihat Di Media Sosial Hanya Sebahagian Kecil, Saya Sendiri Je Faham Betapa Sukarnya Perjalanan Itu’ – Ameera Khan
Penampilam Ameera Khan dikritik

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads berkongsi semula foto Ameera ketika menghadiri Prada Fashion Week yang berlangsung di Milan, Itali.
Penampilan berani itu memperlihatkan Ameera menggayakan seluar pendek potongan ‘briefs’ yang dipadankan bersama skirt fabrik renda jarang (sheer), sehingga menampakkan bayangan jelas bahagian kaki dan pinggulnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang melihat gaya tersebut malah ada yang menyentuh soal sensitiviti umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Komen netizen

Sumber: Threads
The post ‘Macam Pakai Pampers’ – Netizen Kritik Fesyen Ameera Khan, Nasihat Hormat Bulan Ramadan first appeared on OHBULAN!.





