Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkongsi tentang pengalaman manis ketika menerima keuntungan pada awal penglibatannya dalam perniagaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wawa Zainal Dedah Pernah Diejek – ‘Setiap Kali Lalu Tandas Mereka Akan Kata, Si Jelek Datang!’
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Didik Anak Berdikari Elak Buli & Kawal Penggunaan Gajet – ‘Hayla Lantang, Dia Akan Balas Komen Negatif’
Untung RM200k
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 36, teruja apabila menerima pulangan wang ratusan ringgit dan memasang impian untuk membeli pelbagai barangan hasil daripada titik peluhnya.
Dapat RM200,000 dalam bank, ketika memandu saya dah fikir, ‘nak buat apa duit ini?’
Rasa macam kami orang kaya. Masa itu rasa macam nak beli kereta sebab pakai kereta biasa-biasa saja.
Aeril berkongsi perkara itu menerusi podcast Show Dalam Bilik yang disiarkan di Youtube OhBulanOfficial.
Masa depan bisnes

Bagaimanapun, Aeril memilih menahan diri daripada berbelanja besar, malah dia mengambil langkah menyalurkan semula keuntungan tersebut untuk memajukan perniagaan.
Tapi sebenarnya saya tak ada perasaan untuk mewahkan diri sangat pun. Sampai sekarang saya kurang untuk beli barang-barang mewah.
RM200,000 macam-macam nak beli, bukan? Tapi saya ambil langkah untuk rolling balik business.
Tambah pelakon filem Laknat itu, bukan mudah untuk terus kekal relevan dalam perniagaan.
Justeru, perancangan kewangan perlulah kukuh demi kelangsungan empayar bisnes yang telah dibina bersama isteri, Wawa Zainal.
Kita dapat duit bukanlah semata-mata nak beli itu, ini atau menunjuk-nunjuk.
Wawa pun mungkin sudah terikut perangai saya juga.
Nak kekal dalam perniagaan sekurang-kurangnya kita kena ada tiga bulan backup. Kalau tak, tak boleh nak survive.
Untuk info, Aeril dan Wawa tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di OhBulan Paling Viral Online.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025 dengan maksimum 50 undian setiap hari.
Malam kemuncak OhBulan Paling Viral Online bakal berlangsung pada 19 Disember 2025 jam 9 malam di TikTok OhBulan.
Untuk mengundi dan mendapatkan maklumat lanjut sila layari www..com/palingviralonline
The post [VIDEO] Aeril Zafrel Imbas Kembali Rasa Teruja Peroleh Untung RM200k – ‘Saya Rolling Balik Untuk Bisnes’ first appeared on OHBULAN!.





