28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Adira Suhaimi Mengaku Tinggalkan Bekas Suami Tepi Jalan, Enggan Dedah Punca Perbalahan – ‘Cukup Kami Berdua Tahu’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon Adira Suhaimi tidak menafikan dakwaan bahawa dia pernah meninggalkan bekas suaminya, Datuk Red, di sebuah lebuh raya seperti yang tular baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Sarung Gaun Pengantin, Komen Datuk Red Undang Perhatian – ‘Cantiknya..Memang Tak Padan Langsung Dengan Saya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Sambut Hari Jadi Pembantu Rumah Di Hotel Mewah, Beri Hadiah Cincin Emas

    ‘Saya memang mengaku ada tinggalkan’

    Ketika ditemui , pemilik nama Siti Adira Suhaimi, 34, bagaimanapun menegaskan bahawa keadaan sebenar tidak seperti yang digambarkan di media sosial.

    Menjelaskan perkara itu, Adira berkata bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu, bukan ditinggalkan di kawasan terpencil atau berbahaya, sebaliknya berhampiran sebuah stesen minyak supaya memudahkan dia mendapatkan kemudahan.

    Saya memang mengaku ada tinggalkan tapi bukan tengah malam dan saya tinggalkan dia berhampiran dengan stesen minyak di mana senang untuk dia pergi ke tandas dan lain-lain.

    Adira berkata demikian ketika menghadiri sidang media pelancaran single terbaharunya bersama Fiq7 berjudul Gelas Memori di Petaling Jaya.

    Mengulas punca kejadian, Adira memilih untuk tidak mendedahkannya kerana enggan membuka ruang kepada lebih banyak spekulasi selain tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

    Adalah sebab-sebab tertentu yang saya tak boleh nak kongsi, apa bekas suami saya keluarkan itu cerita daripada pihak dia. 

    Apa yang boleh saya katakan tentu ada sebab kalau terjadi sesuatu dan tidak perlu untuk semua orang tahu, cukup saya dan dia saja yang tahu. Dia pun tak cerita punca dia kan.

    Saya pun tak nak keruhkan keadaan, saya nak jalani kehidupan dengan bekas suami secara tenang. Sebab saya percaya boleh terlepas perkara seperti itu kerana dalam keadaan yang dia tak guna akal tapi emosi dulu.

    Jaga banyak hati

    Sementara itu, pelantun lagu Ilusi ini juga bimbang jika kenyataan balasnya akan memberi kesan kepada banyak pihak termasuk anak-anaknya.

    Kenapa saya pilih senyap dan tak layan perkara itu kerana banyak hati saya nak jaga contohnya anak saya dan anak-anak tiri. Yang mana hubungan kami erat, saya lebih menjaga yang itu.

    Buat masa sekarang ini saya bagi keluarga yang berhubung dengan dia, kami depan-depan okay saja. Tapi bila WhatsApp saya akan suruh kakak saya urus.

    Untuk rekod, Adira dan Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu. 

    MENARIK:  [VIDEO] Nonny Nadirah Mohon Sumbangan Duit Dakwa Hilang Sumber Pendapatan – ‘Mereka Sekat Semuanya’

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.

    The post [VIDEO] Adira Suhaimi Mengaku Tinggalkan Bekas Suami Tepi Jalan, Enggan Dedah Punca Perbalahan – ‘Cukup Kami Berdua Tahu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah