Penyanyi dan usahawan, Shiha Zikir berkongsi pengalaman berdepan dengan gangguan amalan khurafat iaitu sihir yang sering berlaku di dalam bidang perniagaan.
Artikel Berkaitan: ‘Amad Sudah Minta Maaf Dengan Shiha, Hanya Gurauan Seorang Kakak & Adik’ – Siti Sairah
Artikel Berkaitan: Shiha Zikir Nasihat Amad Dayyan Jaga Percakapan Dengan Orang Dewasa – ‘Janji, Jangan Ulang Salah Sama’
Bukan sebab sihir

Ketika ditemui , Shiha atau nama penuhnya Nurshiha Mohd Zikir, 38, bagaimanapun menegaskan bahawa gangguan mistik bukanlah punca utama penutupan restorannya yang terletak di Shah Alam, Selangor.
Sebaliknya, Shiha mengakui premis perniagaan tersebut terpaksa dihentikan operasinya adalah kerana kekurangan diri sendiri.
Saya rasa sesiapa yang berniaga pun pernah lalui semua ini terutama industri makanan dan minuman. Kalau tak semua, mungkin kebanyakan peniaga pernah melaluinya tetapi saya pelik kenapa kena buat begitu.
Betullah orang cakap rambut sama hitam, hati lain-lain. Dulu saya macam tak percaya tetapi bila kena pada diri sendiri, baru saya tahu.
Namun, ingin saya tegaskan bahawa saya tutup kedai bukan sebab sihir tetapi sebab kekurangan diri saya dalam bidang perniagaan.
Shiha berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Paling Viral Online yang berlangsung di Balai Berita pada Jumaat.
Pengalaman sendiri
Bercerita lanjut, pelantun lagu Irama itu memaklumkan tentang beberapa kejadian aneh yang berlaku di restorannya sehingga membuatkan dia tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya unsur sihir.
Selama ini saya cuma dengar pengalaman orang bila meniaga, sekarang saya sendiri yang merasainya.
Antara pengalaman yang saya lalui ialah ada orang beritahu saya dia nampak kedai saya tutup sedangkan ia dibuka.
Ada juga satu masa penghantar tong gas pun cakap kedai saya tutup padahal setiap hari kedai saya buka.
Sementara itu, meskipun sukar untuk mengambil keputusan menutup restoran tersebut namun, Shiha terpaksa akur dan ia dijadikan sebagai satu pengajaran berharga dalam perjalanan bergelar usahawan.
Dari kita menanggung kos kerugian yang lagi banyak setiap bulan, baik kita tutup dahulu. Sekarang saya tengah cari kawasan lain yang lebih strategik.
Tipu kalau saya kata tiada kerisauan langsung tetapi saya lebih kepada berhati-hati serta belajar dari kesilapan lalu.
Saya juga terharu selepas pengumuman penutupan kedai itu, saya menerima pelbagai mesej serta sokongan. Ini menunjukkan sebenarnya masih ramai lagi yang menyokong perniagaan saya.
Terdahulu, selepas kira-kira dua tahun beroperasi Shiha mengumumkan penutupan Shiha Zikir Nasi Ayam di Seksyen 7, Shah Alam pada 15 Disember lalu.
The post [VIDEO] ‘Ada Yang Nampak Kedai Tutup Walhal Buka’ – Shiha Zikir Percaya Wujudnya Sihir, Tegas Bukan Punca Restoran Tamat Operasi first appeared on OHBULAN!.







