27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Ada Rasa Menyesal, Kalau Tak Setuju Lakukan Pembedahan Mungkin Ayah Masih Ada Lagi’

    Shopee Sale



    Pelakon Keith Foo mengakui timbulnya kekesalan dalam diri kerana membenarkan arwah bapanya menjalani pembedahan akibat patah kaki.

    ‘Tapi memang dah ajal’

    Ketika ditemui , pemilik nama Foo Chuan Chin, 42, meluahkan sekiranya dia tidak bersetuju dengan pembedahan itu kemungkinan bapanya, Foo Kia Suan, 78, masih lagi bernyawa.

    Pun begitu, Keith tidak menafikan bahawa semua yang berlaku adalah ketetapan daripada Tuhan.

    Sudah tentu ada rasa menyesal sebab kalau tak bersetuju untuk lakukan pembedahan mungkin ayah masih ada lagi.

    Perasaan itu lebih kepada rasa serba salah.

    Tetapi saya rasa memang dah ajal dia. Kalau bukan sekarang, mungkin nanti.

    Dalam pada itu, Keith turut mengakui rasa sunyi selepas beberapa minggu pemergian bapanya yang tercinta.

    Jelasnya, dia kerap pulang ke kampung sekiranya tidak mempunyai sebarang penggambaraan di ibu kota.

    Rasa sunyi dan rasa kasihan dekat ibu juga sebab dia tinggal seorang saja dekat kampung di Gemas.

    Saya kerap balik juga untuk lihat keadaan ibu. Sebelum ini selalu juga balik tetapi kali ini lebih kerap.

    Jangkitan kuman

    Menceritakan kembali, Keith berkata punca pemergian bapanya kemungkinan didakwa kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

    MENARIK:  Video: Norreen Iman Menolak Menjual Baju Seksi Kepada Wanita Islam – ‘Tak Ingin Memikul Dosa, Aku Merasa Tidak Benar’

    Katanya, jangkitan itu didakwa diketahui selepas menjalani pembedahan pada bahagian kaki akibat terjatuh.

    Pemergian sangat mengejut. Ayah terjatuh dan saya fikir dia jatuh biasa tetapi kaki tidak boleh bergerak.

    Selepas dapat keputusan doktor, kami perlu memutuskan sama ada mahu menjalankan pembedahan atau tidak sebab tulang pinggal patah dan retak.

    Selepas seminggu, kami membuat keputusan setuju untuk melakukan pembedahan.

    Selepas pembedahan selesai, ayah dapat jangkitan kuman pada paru-paru sebab terlampau lama duduk hospital.

    Pada masa itu, ayah memang bergantung hidup dengan tiub dan tidak lama selepas itu tahap oksigen semakin menurun.

    Jelas Keith lagi, setiap pilihan mempunyai risiko dan sekiranya memilih untuk tidak menjalani pembedahan, proses penyembuhan akan memakan masa selain badan tidak akan sihat seperti dahulu.

    Sebelum ini, media melaporkan bapa Keith meninggal dunia di Gemas, Negeri Sembilan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah