30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] 6 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Nelydia Senrose Bersedia Jadi Ibu – ‘Saya Terima Dengan Hati Terbuka, Itu Pasti Membahagiakan Saya’

    Shopee Sale



    Memasuki enam tahun usia perkahwinan, pelakon terkenal, Nelydia Senrose memberitahu sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu.

    ‘Saya letak pada percaturan Allah’

    Foto: Berita Harian

    Ketika ditemui , Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen, 31, berkata bahawa dirinya sentiasa terbuka sekiranya dikurniakan rezeki zuriat oleh Allah SWT.

    Saya sentiasa terbuka mendapat rezeki (anak) dari Allah SWT. Saya menerima dengan hati terbuka dan sudah pasti itu membahagiakan saya. Selebihnya saya hanya letak pada percaturan Allah SWT.

    Apabila ditanya mengenai keakraban hubungannya dengan anak Uqasha iaitu Hawra Uqaira, aktres ini mengakui bahawa anak kepada kakaknya itu mempunyai tempat istimewa di hatinya.

    Saya sangat sayangkan Uqaira, dia adalah soft spot saya dan saya sangat sayangkan dia. Sampaikan setiap kali tengok dia, saya rasa nak nangis.

    Memang saya dah ada anak saudara sebelum ni tapi mungkin Uqaira ni anak saudara perempuan dalam keluarga, jadi rasa tu sangat dekat.

    Selain itu, pelakon Setelah Terlafaznya Akad ini turut menzahirkan rasa sayangnya terhadap anak kepada adiknya, Raysha Rizrose, meskipun mereka jarang bertemu.

    Anak Raysha pun saya sangat sayang tapi kami jarang berjumpa. Sebab saya dah mula masuk set penggambaran tapi saya akan ambil masa untuk bertemu dengan anak-anak saudara saya.

    Tambahnya lagi, kehadiran dua anak saudara perempuan dalam keluarganya tahun lalu adalah satu anugerah yang sangat bermakna buat dirinya.

    MENARIK:  Peguam Tepis Kenyataan Chazynash Dakwa Fatin Morat Tamak Tuntut Harta Sepencarian Walaupun Dapat Muta’ah – ‘Itu Adalah Hak Bekas Isteri’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah