Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun memuji langkah Universal Music Malaysia (UMM) yang menurunkan muzik video (MV) terbaharu Dolla berjudul Question daripada semua platform digital demi menghormati sensitiviti masyarakat.
Artikel Berkaitan: Kontroversi Penampilan Seksi, Universal Music Turunkan Video Muzik ‘Question’ Dolla
Artikel Berkaitan: Asma Harun Tegur MV ‘Quetion’ Dolla, Berpendapat Seni Lagu Tak Semestinya Perlu Seksi & Pamer Aksi Ghairah
‘Terima kasih hormati sensitiviti’

Menerusi hantaran di Facebook, Asma menyifatkan keputusan itu sebagai tindakan berintegriti meskipun melibatkan kos serta usaha produksi yang besar.
Terima kasih kerana memilih jalan yang menghormati sensitiviti masyarakat dan imej negara.
Keputusan ini bukan mudah namun syarikat tetap memilih untuk mendengar suara rakyat dan bertindak dengan penuh integriti.
Sementara itu, Asma turut merakamkan penghargaan kepada kumpulan Dolla atas keterbukaan menerima keputusan tersebut.
Tindakan ini mencerminkan profesionalisme, kematangan dan rasa hormat terhadap sensitiviti masyarakat serta nilai negara.
Dalam kenyataan sama, Asma memuji peranan masyarakat yang menyuarakan pandangan dengan cara beradab.
Bukan saya yang memulakan, ada ramai masyarakat yang lebih awal ke depan, saya hanya menjadi perantara untuk menyebarkan lagi kesedaran.
Suara yang disampaikan dengan jelas dan berprinsip akhirnya didengari, tindakan yang diambil ini membuktikan bahawa usaha masyarakat yang bersatu demi nilai kebaikan tidak pernah sia-sia.
Inilah kekuatan sebuah masyarakat yang matang, membantah dengan beradab dan bersatu menjaga nilai negara.
Buka jalan supaya lebih hormati nilai tempatan

Dalam masa yang sama, Asma turut meluahkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, atas tindakan segera dalam meneliti semula garis panduan pemakaian artis Muslimah.
Kepekaan dan kesediaan pihak kementerian untuk mendengar pandangan masyarakat membuktikan bahawa suara rakyat diberi tempat dan nilai agama tetap menjadi asas dalam menilai isu seni dan budaya.
Susulan daripada itu, dia berharap langkah tersebut membuka jalan kepada industri seni yang lebih menghormati nilai tempatan.
Sebelum ini, Ustazah Asma menegur pemakaian ahli kumpulan Dolla dalam MV Question yang didakwa kurang sesuai.
Susulan teguran dan pandangan masyarakat, Universal Music Malaysia mengambil keputusan untuk menarik semula MV tersebut daripada semua platform.
Menurut Pengarah Urusan UMM, Kim Lim, tindakan itu dibuat selepas meneliti semula kandungan penuh video serta mengambil kira maklum balas orang ramai.
Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun
The post Ustazah Asma’ Harun Puji Universal Music Malaysia Turunkan MV Dolla – ‘Terima Kasih Kerana Dengar Suara Rakyat’ first appeared on OHBULAN!.





