Pendakwah bebas dan pempengaruh, Ustaz Lah mengingatkan umat Islam bahawa malam ini merupakan malam ganji pertama bagi 10 Ramadan terakhir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Lah Kongsi 4 Amalan Terbaik Yang Boleh Dilaksanakan Pada Hari Jumaat Di Bulan Ramadan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Malam Nisfu Syaaban: Rahmat & Keampunan Buat Hamba-Nya, Kecuali Dua Golongan Ini
Malam pertama ganjil

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Lah atau nama sebenarnya Abdullah Abdol Razak menjelaskan kebaikan malam Lailatul Qadar yang harus menjadi rebutan umat Islam.
Selain itu, Ustaz Lah menitipkan pesanan agar mempertingkatkan ibadah bagi sepuluh malam terakhir agar menjadi salah seorang yang terpilih untuk bertemu malam Lailatul Qadar.
Malam ini malam 21 Ramadan. Malam pertama malam ganjil.
10 Ramadan terakhir kita. Jangan lepaskan peluang untuk mempertingkatkan ibadah.
Kalau kena malam ini malam Lailatul Qadar, gandaan kebaikan yang kita lakukan seumpama 1,000 bulan bersamaan dengan 86 tahun.
Jangan tinggalkan solat, zikir dan sedekah.
Harapan umat Islam




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar menjadi salah seorang yang dikurniakan rezeki bertemu malam Lailatul Qadar. Selain itu, warganet turut berterima kasih pada Ustaz Lah atas peringatan awal.
Sumber: TikTok @UstazLah Official
The post Ustaz Lah Beri Peringatan Awal Rebut Lailatul Qadar – ‘Malam Ini Malam Pertama Ramadan Ganjil’ first appeared on OHBULAN!.





