26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Uqasha Senrose Syukur Ibu & Nelydia Jadi Orang Pertama Bantu Urus Hawra Uqaira

    Shopee Sale

    Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang ibu, Rosmizah Mohd Noor, yang menjadi tulang belakang dalam membantunya menguruskan puteri tercinta, Hawra Uqaira.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose Syukur Miliki Ibu Mentua Baik – ‘Dia Suka Masak Untuk Menantu’

    Artikel Berkaitan: Kecoh Dakwaan ‘Unfollow’ Kamal Adli Di Instagram, Kapsyen Uqasha Senrose Curi Perhatian – ‘She Can Survive Without You’

    Ibu banyak mengajar

    Menerusi siaran langsung di TikTok, Uqasha turut menzahirkan penghargaan kepada ibunya atas segala tunjuk ajar dan ilmu keibubapaan yang dikongsikan.

    Saya berterima kasih terutama kepada mak saya yang ada masa saya mula-mula bergelar ibu.

    Walaupun saya pergi ke kelas tetapi saya tak tahu untuk menyusukan anak. Dia kena lalui sendiri dulu baru tahu.

    Itu la mak saya yang mengajar anak dia bergelar ibu.

    Nelydia selalu bawa Uqaira keluar

    Pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu turut meluahkan rasa terharu terhadap adiknya, Nelydia Senrose, yang sentiasa menjadi individu pertama tampil menghulurkan bantuan setiap kali dirinya terikat dengan komitmen penggambaran.

    Anak saya hanya nak dengan saya. Dia tak nak orang lain kecuali ibu saya dan Nelydia sebab muka dia sama macam saya.

    Bila saya pergi shooting, Nelydia akan jadi orang pertama datang ke rumah untuk ambil Uqaira dan bawa keluar.

    Saya bersyukur kerana dikurniakan adik yang sangat sayang anak saya macam anak dia.

    Saya tak nak sebut nama siapa-siapa tetapi macam anda semua tahu dia pun bekerja juga dengan shooting.

    Dalam pada itu, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu turut berkongsi bahawa setiap kali keluar bekerja, dia tetap akan memaklumkan kepada Uqaira meskipun tahu anaknya akan menangis.

    Saya tak nak ketika anak saya tengah bermain, saya keluar diam-diam. Saya nak dia tau ‘Qaira ibu keluar bekerja.’ Walaupun dia akan peluk, tak nak lepas saya.

    Saya susah nak kawal emosi sebab itu setiap kali keluar bekerja saya akan menangis. Bila saya cerita dengan ibu saya, dia faham perasaan saya.

    Sebelum ini, nama Uqasha dan Kamal menjadi bualan warganet apabila didakwa saling tidak mengikuti (unfollow) di Instagram (IG).

    MENARIK:  [KIM PAN GON] Mengaku Kesilapan Sendiri, Harimau Malaya Tersingkir dari Pertandingan

    Apa yang menjadi lebih hangat apabila Uqasha memuat naik satu hantaran berbentuk luahan hati yang dipercayai menggambarkan kekecewaan terhadap seseorang yang disayangi.

    Terdahulu, Uqasha dan Kamal bernikah pada 5 November 2021 dalam satu majlis pernikahan tertutup di Janda Baik, Pahang. 

    Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

    Sumber: TikTok

    The post Uqasha Senrose Syukur Ibu & Nelydia Jadi Orang Pertama Bantu Urus Hawra Uqaira first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah