32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Usik Anak Kami, Yang Menyalak Pernah Belajar & Jadi Penyanyi Tak?’ – Liza Hanim

    Shopee Sale

    Penyanyi Liza Hanim bersuara selepas anak perempuannya, Marsya menjadi mangsa buli warganet gara-gara didakwa tidak menyerlah selepas bergelar juara program Talk To My Manager (TTMM).

    Artikel Berkaitan: Marsya Anak Liza Hanim Juara Talk To My Manager

    Artikel Berkaitan: Bapa Pertahan Marsya, Bidas Dakwaan Tak Menyerlah Lepas TTMM – ‘Kau Dah Kenapa? Rezeki Masing-Masing’

    Tak nak Marsya lalui kepedihan

    Menerusi hantaran yang dibuat di media sosial, Liza meluahkan rasa sedih melihat Marsya menjadi sasaran ejekan, kecaman dan buli di usia muda.

    Kata Liza, 46, dia tidak menyangka Marsya akan menempuh pengalaman pahit dalam industri seni.

    Membaca IG Story daripada Marsya sangat menyentuh hati saya kerana saya tahu bagaimana rasanya diejek, dikecam dan dibuli.

    Inilah sebabnya selama bertahun-tahun Shah (suami) dan saya melindungi anak-anak kami daripada industri hiburan. Kami tidak mahu mereka melalui kepedihan seperti itu.

    Menurut pemilik nama Haliza Hanim Abdul Halim, penyertaan Marsya dalam TTM merupakan peluang buat anaknya mewarisi bakat nyanyiannya.

    Bagaimanapun, perjalanan seninya bermula dengan keadaan mentalnya diganggu dan dalam masa sama perlu memberi fokus kepada pelajaran.

    Marsya mewarisi peminat saya, tetapi dia juga terpaksa mewarisi pembenci saya.

    Marsya baru sahaja memulakan perjalanan dalam bidang nyanyian. Bayangkan keadaan mentalnya apabila diejek dan dipersendakan, dalam masa sama masih bergelut dengan pelajaran yang menuntut komitmen sepenuhnya.

    Yang menyalak itu pernah belajar dan jadi penyanyi tak? Anda tidak berada di tempatnya, jadi anda tidak akan pernah faham.

    Hentikan pembulian

    Dalam pada itu, pelantun lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti itu turut merayu orang ramai supaya menghentikan perbuatan membuli serta tidak menjejaskan hubungan Marsya dengan barisan peserta TTMM yang lain.

    MENARIK:  [VIDEO] Atikah Suhaime Akui Khilaf, Tersentak Suami Tegur Percakapan Makin Kasar – ‘Jangan Sombong, Walaupun Kita Bekerja’

    Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang individu secara terbuka mendakwa walaupun Marsya muncul sebagai juara program Talk To My Manager, namun barisan finalis lain yang mewah dengan tawaran persembahan.

    Sumber: Threads

    The post ‘Jangan Usik Anak Kami, Yang Menyalak Pernah Belajar & Jadi Penyanyi Tak?’ – Liza Hanim first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah