33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Uqasha Senrose Melahirkan Bayi Perempuan dan Pengumuman, ‘Uqaira, I Love You So Much’

    Shopee Sale



    Isteri kepada pelakon Kamal Adli iaitu Uqasha Sensrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

    ‘Assalamualaikum Uqaira’

    Berita gembira itu dikongsikan oleh pelakon, Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, menerusi hantaran di Instagram. Pasangan ini bersepakat memilih nama Uqaira buat puteri sulung mereka.

    Dalam pada itu, Uqasha meluahkan rasa syukur kerana proses melahirkan bayi perempuan yang seberat 2.72 kilogram itu dipermudahkan.

    Alhamdulillah selamat melahirkan my little princess subuh tadi. Welcome to the world, sayangku. I love you so much Uqaira sayang.

    Uqasha sempat berkongsi foto pertamanya bersama Uqaira.

    Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

    MENARIK:  [VIDEO] Shahida Nafi Suntik Botox, Netizen Tak Senang Tengok Muka Awet Muda – ‘Hati-Hati Buat Dosa Dengan Manusia’

    Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah