32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Program Tonton Gen+ Suai Kenal Suntik Inspirasi Kepada Pelajar SESERI, Ubah Persepsi Dunia Seni

    Shopee Sale

    Dengan kerjasama TV3, Tonton, DIDIKTV KPM dan rakan kongsi SAFI Shayla, program sosial korporat (CSR) Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah memberi pendedahan awal berkenaan industri seni sekaligus melahirkan anak-anak seni yang berpendidikan.

    Artikel Berkaitan: Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah Jejak SMK Convent (M) Kajang, Komited Perkasa Generasi Muda

    Artikel Berkaitan: Program Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah Buatkan Lebih 1,000 Murid Terinspirasi Dengan Kehadiran Selebriti Popular & SAFI Shayla

    Beri peluang kepada pelajar

    Pada kali ini, pelajar Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Kuala Lumpur (SESERI) diberi peluang memahami cabaran dan usaha yang perlu ditempuh untuk berjaya dalam industri hiburan.

    Pengurus Pemasaran Kandungan TV3 dan Tonton, Ali Iskandar Othman berkata inisiatif itu juga memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara terus bersama artis.

    Objektif program ini adalah untuk membolehkan pelajar berinteraksi dengan artis dan faham apa sebenarnya yang diperlukan untuk bergelar anak seni.

    Bukan sekadar bakat, tetapi juga usaha dan disiplin. Kami tidak mahu pelajar tersalah anggap kononnya untuk berjaya mereka perlu korbankan pelajaran.

    Sebaliknya, kami mahu mereka faham kedua-duanya boleh berjalan seiring.

    Periksa latar belakang

    Bagi melahirkan anak seni yang berpendidikan, Ali berkata pemilihan tetamu jemputan dibuat berdasarkan bakat dan nilai inspirasi yang mereka ada.

    Tidak hanya bakat, latar belakang juga memainkan peranan penting untuk memberi pengaruh baik kepada para pelajar.

    Mengulas lanjut, Ali berkata pemilihan sekolah juga dibuat secara teliti dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

    Kata Ali, pihaknya mengutamakan sekolah yang tidak terlalu berprestij bagi memastikan pendedahan ini dapat disampaikan secara lebih seimbang.

    Kami pilih artis dan personaliti yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga mempunyai latar belakang yang mampu beri inspirasi. Contohnya kumpulan DUKES, mereka aktif dalam muzik tetapi masih menuntut di institusi pengajian tinggi.

    Kami juga bawa penyampai berita, influencer, serta kumpulan muzik supaya pelajar dapat lihat pelbagai perspektif.

    Kami cuba elak hanya fokus kepada sekolah-sekolah elit. Sasaran kami adalah pelajar yang benar-benar boleh manfaatkan pendedahan ini.

    Tambah Ali, program yang kini memasuki sekolah ketiga dan terakhir untuk tahun ini mendapat sambutan positif dan pihaknya berharap dapat meneruskannya pada tahun hadapan dengan lebih baik.

    MENARIK:  Elly Mazlein Kini Bertudung, Hati Terjentik Tengok Jihad Sukarelawan GSF – ‘Rasa Insaf & Kagum Dengan Mereka’

    SESERI hari ini dibanjiri dengan aura glam, semangat muda dan tenaga positif apabila 344 murid dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 menyertai program interaktif yang penuh warna, keceriaan dan aktiviti bermanfaat dari jam 2:00 hingga 5.30 petang.

    Kehadiran selebriti popular, pengacara TV dan pempengaruh media sosial seperti Hariz Hamdan, Apich Lo, Dukes, Syafiq Adnan, Amirulhakim Lokman, Risk Saidon, Aizat Saha dan Nisa Kay bukan sahaja memeriahkan acara, malah turut berkongsi perjalanan hidup, cabaran serta pengalaman berharga yang membuka minda dan menyuntik semangat kepada para murid.

    Dengan kerjasama TV3, Tonton, DIDIKTV KPM dan rakan kongsi SAFI Shayla, Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah dianjurkan dengan matlamat untuk mencetus keyakinan diri, menyemai semangat positif dan memperkasakan murid-murid melalui pelbagai aktiviti menarik yang menggalakkan komunikasi, penerokaan bakat dan pembangunan diri. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Rangkaian Televisyen Media Prima dalam memberi inspirasi dan membentuk masa depan generasi muda di seluruh negara.

    The post Program Tonton Gen+ Suai Kenal Suntik Inspirasi Kepada Pelajar SESERI, Ubah Persepsi Dunia Seni first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah