Pelakon Uqasha Senrose bersyukur kerana masih mendapat banyak tawaran berlakon walaupun semakin ramai pendatang baharu dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: Kamal Adli Terharu, Puji Netizen ‘Sweet’ Pujuk Uqasha Senrose Di Instagram
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose Mohon Maaf, Akui Khilaf – ‘Saya Tak Fikir Panjang, Terlalu Marah, Sedih & Letih’
Uqasha fokus kerjaya

Ketika ditemui , pemilik nama Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 33, menganggap setiap peluang yang datang sebagai rezeki dan kepercayaan produksi terhadap kemampuan dirinya sebagai pelakon.
Saya rasa semuanya rezeki. Alhamdulillah. Saya tetap bersyukur kerana masih diberi ruang untuk berkarya dan terus aktif dalam industri.
Saya tak nak cakap sebab saya baik atau apa. Itu persepsi pihak produksi sendiri. Saya tiada hak untuk menilai diri saya sendiri.
Uqasha yang bakal muncul dengan drama baharu bergandingan bersama pelakon Zul Ariffin berkata, dia kini lebih selektif dalam menerima tawaran, terutama membabitkan naskhah yang terlalu panjang atau jadual penggambaran yang bertindih.
Saya tak memilih, cuma kalau jalan cerita tu terlalu panjang, tak memberi impak atau jadualnya bertembung, saya terpaksa tolak.
Kalau dah jadi pelakon utama, saya tiada masa nak buat dua projek dalam satu masa, akan menyusahkan produksi juga.
Dalam pada itu, pelakon filem Munajjim: Sekutu Iblis ini berkata, meskipun memiliki jadual kerja yang padat, dia tetap memastikan masa bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira, tidak pernah terabai.
Saya spend time dengan dia hari-hari. Kadang-kadang kalau lokasi sesuai, saya bawa dia ke set. Dia pun dah tahu kalau saya cakap, ‘ibu nak pergi kerja’. Alhamdulillah, dia dah boleh faham.’
Dia dalam jagaan yang baik dengan mama saya dan pembantu rumah. Jadi saya tak risau nak ke set.’
Ditanya mengenai ujian rumah tangga yang dilalui, Uqasha enggan mengulas dengan lebih lanjut.
The post Uqasha Senrose Enggan Ulas Isu Peribadi, Fokus Kerjaya first appeared on OHBULAN!.





