27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Universal Music Malaysia & Faithful Music Jalin Kerjasama Strategik

    Shopee Sale

    Universal Music Malaysia (UMM), sebahagian daripada Universal Music Group (UMG), peneraju global dalam hiburan berasaskan muzik, mengumumkan perolehan pegangan majoriti dalam Faithful Music, satu label rakaman dan syarikat produksi yang berkembang pesat di Malaysia.

    Kerjasama ini bakal memperkukuhkan kedudukan UMM sebagai penyaji muzik tempatan yang unggul, sekaligus meningkatkan keupayaannya dalam memperkukuh pasaran Nusantara yang merangkumi Malaysia, Singapura dan Indonesia. 

    UMM juga akan menjadi pengedar eksklusif kepada katalog muzik besar milik Faithful Music.

    Artikel Berkaitan: Konsert ‘Dolla Re:Birth The Experience’ Jadi Bukti Kerja Keras Dolla

    Artikel Berkaitan: ‘Faizal Tahir Dah Macam Penjawat Awam, Setiap Tahun Lagu Tema Merdeka Dia Yang Nyanyi’

    Pengiktirafan besar

    Faithful Music telah diasaskan oleh penyanyi dan penerbit muzik yang telah memenangi pelbagai anugerah, Faizal Tahir, bersama Mike Chan pada tahun 2015. 

    Label ini telah memainkan peranan penting dalam membangunkan artis-artis berserta karya-karya mereka seperti Santai, Alamak Raya Lagi dan Angau. 

    Kerjasama antara Faithful dan UMM ini akan memperkukuhkan komitmen jangka panjang kedua-dua syarikat dari aspek pelaburan untuk bakat muzik baharu di Malaysia.

    Selain itu, kerjasama ini juga akan memperkasa keupayaan Faithful Music dan memperluas potensinya untuk mencipta peluang baharu yang bersifat kreatif dan komersial bagi artis-artis mereka termasuk melancarkan pengalaman-pengalaman yang berinovatif untuk peminat muzik di negara ini.

    Menurut Faizal, 46, peluang bekerjasama dengan Universal Music Malaysia sangat mengujakan bagi Faithful Music.

    Ini juga satu pengiktirafan besar terhadap kepentingan dan kekuatan lagu serta artis tempatan. Faithful Music ditubuhkan dengan kepercayaan bahawa setiap artis, pada setiap peringkat kerjaya mereka, berhak menerima peluang berkualiti tinggi untuk berkembang maju dan berjaya.

    Kami teruja untuk memperkukuhkan lagi perkhidmatan yang kami tawarkan kepada klien kami menerusi kerjasama ini bersama pasukan Universal Music.

    Sementara itu, Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia berkata bukan sekadar membentuk satu perkongsian, ia juga adalah pelaburan dalam komuniti muzik tempatan yang selari dengan komitmen untuk menyokong pencipta muzik yang sedia ada, mahupun bakal-bakal pencipta muzik di masa depan, dengan sokongan bertaraf dunia. 

    Mencari rakan kongsi yang berkongsi semangat kami untuk menghasilkan lagu dan rakaman ikonik yang mampu menjana pertumbuhan jangka panjang adalah amat penting.

    Sebab itu kami gembira dapat bekerjasama dengan Faizal, Mike dan pasukan mereka di Faithful Music. Kami teruja untuk mencipta peluang baharu dari sudut komersial dan kreatif untuk artis-artis Faithful Music.

    Dengan perancangan UMM tahun ini untuk mengembangkan segmen muzik positif dan kanak-kanak, serta membina keupayaan sebagai agensi sehenti untuk rakan jenama, inilah masa yang paling sesuai untuk memulakan babak baharu yang menarik bersama Faithful Music.

    Keputusan untuk kerjasama ini dibuat setelah beberapa kolaborasi antara UMM dan Faithful Music membuahkan hasil yang memberangsangkan.

    MENARIK:  Penuh Kejutan, Rossa Kembali Dengan Konsert ‘Here I Am’, Gegar Axiata Arena 14 Jun Depan

    Ini termasuk lagu ‘Raya Pum Pang’ yang meraih lebih sejuta tontonan di YouTube dalam tempoh dua minggu pertama pelancarannya, serta lagu ‘Memang Smart AYE’ yang menampilkan artis-artis baharu dari kedua-dua label iaitu Insomniacks, Sabronzo Dolla, Aziz Harun dan Killa Driz.

    Lagu ini turut digunakan dalam kempen berskala besar sebagai jingle komersial dan video muzik untuk Samsung Malaysia.

    Di samping itu, menurut Calvin Wong selaku Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Asia Tenggara & Naib Presiden Kanan Asia berkata ini satu penghormatan untuk mengalu-alukan Faithful Music yang menjadi pengkalan ramai artis muda berbakat ke dalam keluarga Universal Music Malaysia. 

    Saya sangat teruja dengan peranan yang lebih besar bagi UMM menerusi kerjasama ini, terutamanya untuk pasaran Nusantara yang sedang berkembang pesat dan berpotensi besar. 

    Kami tidak sabar dan bersemangat untuk bekerjasama dengan artis-artis ini dengan mempersembahkan bakat mereka kepada lebih ramai pendengar menerusi rangkaian kami yang menyeluruh di peringkat domestik serta antarabangsa.

    The post Universal Music Malaysia & Faithful Music Jalin Kerjasama Strategik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah