29 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tunai Solat Jumaat Di New York, Shawn Mendes Sempat ‘Selfie’ & Beramah Mesra Dengan Peminat

    Shopee Sale



    Di aplikasi X, tular beberapa hantaran mengenai penyanyi terkenal antarabangsa, Shawn Mendes yang dikatakan hadir ke sebuah masjid di Universiti New York.

    Tunai solat Jumaat

    Menerusi ciapan yang dibuat akaun @perfectlytried, individu tersebut mendakwa pelantun lagu ‘Stitches’ itu hadir ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

    Bukan itu sahaja, Shawn yang difahamkan hadir bersama rakannya yang merupakan penyanyi dan penyair terkenal iaitu ‘Mustafa The Poet’ dikatakan turut mendengar khutbah Jumaat sebelum menunaikan solat.

    Shawn Mendes hadir dan mendengar dua khutbah secara penuh.

    Dia juga menunaikan solat Jumaat dan anda tidak tahu betapa bermaknanya bagi saya, masya-Allah.

    Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tidak dapat dipastikan sejauh mana status penyanyi antarabangsa berusia 26 tahun itu.

    MENARIK:  Ibu Bapa Tak Restu Anak Lelaki Kahwin Dengan Janda Anak Satu, Wanita Reda Ikatan Pertunangan Terlerai

    Hantaran tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya di aplikasi X.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah