Peguam yang juga personaliti media sosial, Tun Laila tampil menjelaskan prosedur dan aspek perundangan yang boleh diambil seseorang individu sekiranya mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual berbentuk cabul.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Duit Bukan Nafkah Wajib’ – Tun Laila
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tun Laila Beri Tips Rumah Tangga, Cara Mudah Tambat Hati Suami – ‘Buat Baik Dengan Keluarga Mentua’
Beza cabul dan rogol

Menerusi hantaran di TikTok, Tun Laila menjelaskan kesalahan cabul berbeza dengan rogol kerana perbuatan tersebut boleh berlaku dalam tempoh yang sangat singkat, malah hanya mengambil masa beberapa saat.
Saya mahu cerita fasal kes cabul. Ada netizen yang tanya kenapa mangsa tidak kemukakan bukti sekiranya dakwa dia telah dicabul.
Cabul boleh berlaku dalam masa dua saat. Cabul berbeza dengan rogol. Kalau rogol ada ‘penetration’, memasukkan kemaluan lelaki dalam kemaluan perempuan.
Boleh disabitkan kesalahan atas Seksyen 375 dan 376 Kanun Keseksaan. Kalau cabul boleh berlaku dengan sangat pantas.
Kalau seseorang pegang badan individu lain dan membuatkan mangsa tak selesa, itu boleh didakwa sebagai cabul. Seksyen 354 Kanun Keseksaan, penjara 10 tahun, denda, sebat atau kedua-duanya sekali.
Tun Laila berkongsi penjelasan tersebut susulan dakwaan seorang pelakon wanita yang mendakwa dirinya dicabul oleh seorang aktor ketika mereka bergandingan dalam sebuah drama.
Mengulas lanjut, Tun Laila menjelaskan pembuktian kes cabul boleh menjadi lebih mencabar berbanding kes rogol. Bagaimanapun, terdapat beberapa bentuk bukti yang boleh membantu siasatan sekiranya mangsa mahu membuat laporan berhubung kejadian berkenaan.
Sangat susah untuk membuktikan berlaku kes cabul berbanding kes rogol. Katakanlah jika uruskan kes rogol, kita boleh persoalkan masa. Contohnya, masuk bilik dalam dua minit kemudian mahu dakwa dia merogol.
Sempat ke dalam dua minit, dia mahu buka seluar dan masukkan kemaluan? Berbeza dengan kes cabul.
Apa contoh bukti yang boleh dikemukakan berkaitan kes cabul? Antaranya adalah CCTV di lokasi kejadian, saksi mata atau ketika penggambaran, boleh gunakan rakaman kamera.
Dalam masa sama, Tun Laila turut menyokong tindakan kedua-dua pihak yang terlibat dalam kontroversi berkenaan untuk membuat laporan polis serta menggunakan saluran undang-undang bagi mempertahankan hak masing-masing.
Tun Laila juga menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman atau membuat kesimpulan terhadap mana-mana pihak selagi siasatan belum selesai dan fakta sebenar belum diketahui.
Malah, orang ramai turut diingatkan agar lebih berhati-hati ketika meninggalkan komen di media sosial serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang fitnah atau menjejaskan reputasi individu lain.
Sumber: TikTok
The post Tun Laila Perjelas Kes Cab*l Boleh Berlaku Dalam Dua Saat, Akui Agak Sukar Kemuka Bukti Berbanding R*gol first appeared on OHBULAN!.





