24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Video Suami Isteri Korban Lemas Sungai Korok Jual Roti Canai Murah – ‘Yang Penting Dapat Teruskan Kehidupan’

    Shopee Sale

    Tular sejak semalam sebuah video memaparkan pasangan suami isteri yang merupakan mangsa korban tragedi di Sungai Korok, Jitra, Kedah.

    Artikel Berkaitan: Misteri Kehilangan Enam Beranak Terjawab, Kereta Dinaiki Dipercayai Tenggelam Dalam Sungai

    MENARIK:  Shikin Maembong Kecewa dengan Tingkah Laku Tak Beradab Netizen yang Bertanya Tentang Muka – 'Saya Tidak Akan Pernah Kurang ajar Seperti Itu'

    Artikel Berkaitan: Mayat Dua Beradik Jatuh Lemas Dari Jambatan Gantung Ditemui

    Bukan untuk kaya

    " data-video-id="7360357058169916692" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @orangbisnes

    Cerita baru dari Orang Bisnes, pasangan manis, suami isteri, peniaga roti canai di Medan Selera Hospital Lama Alor Setar, Kedah.

    ♬ original sound – Orang Bisnes – Orang Bisnes

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pasangan suami isteri tersebut iaitu Mohammad Azim Izat, 32 dan isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31 sedang mempromosikan gerai roti canai mereka di sebuah medan selera yang terletak di Kedah.

    Paling menyentuh perasaan adalah apabila arwah Nurul Hidayah memberitahu bahawa perniagaan mereka itu bukanlah bertujuan untuk menjadi kaya tetapi cukup sekadar menampung kehidupan seharian.

    Ada dua jenis orang yang berniaga, satu mereka memang fokus untuk kaya.

    Satu lagi, mereka cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua, yang penting kami dapat meneruskan kehidupan.

    Netizen sayu

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sayu selepas menonton klip video tersebut.

    Dalam masa yang sama, mereka turut sebak mengenangkan keperibadian pasangan itu yang disifatkan sangat mulia.

    Sebelum ini adik kepada mangsa, Nur Adliah Shuhada Ishak, memaklumkan bahawa abangnya bersama keluarga bermalam di rumahnya di Taman Aman sebelum menghilang tanpa jejak pada keesokan harinya.

    Misteri kehilangan enam sekeluarga sejak Sabtu lalu akhirnya terjawab apabila kesemua mangsa dipercayai maut dalam sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara yang ditemui tenggelam di dalam Sungai Korok, pada Isnin.

    Sumber: TikTok

    The post Tular Video Suami Isteri Korban Lemas Sungai Korok Jual Roti Canai Murah – ‘Yang Penting Dapat Teruskan Kehidupan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah