28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trisha Ooi Cabar Diri Jadi Hantu – ‘Tak Letak Perasaan Takut Sebagai Penghalang Untuk Bekerja’

    Shopee Sale



    Pelakon sedang meningkat naik iaitu Trisha Ooi meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang menjayakan watak Seri dalam filem Susuk Bidadari.

    Saya penakut

    Menerusi temu bual bersama , Trisha mengakui dia sudah lama mengidam watak hantu. Menurut Trisha, dia mahu mencabar diri dan mengatasi rasa takut.

    Saya ini seorang yang penakut sebenarnya, tetapi tidak letak ketakutan itu sebagai penghalang untuk bekerja.

    Buat masa ini, saya tak fikir sangat perasaan takut itu. Apa yang penting ialah cara untuk sampaikan watak Seri ini kepada penonton.

    Lagi pula ada ramai orang di sekeliling, pihak produksi, kawan-kawan dan keluarga di set penggambaran.

    Trisha yang ditemui di set penggambaran filem Susuk Bidadari di Genting Highlands, baru-baru ini turut berkata, dia bersifat terbuka dan menerima segala kritikan daripada netizen sekiranya mereka membanding-bandingkan lakonannya dengan pelakon lain yang pernah membawa watak hantu.

    Kalau orang bandingkan? Saya tak pernah terfikir untuk membandingkan diri dengan pelakon lama. Saya memang kagum dengan kebolehan dan kehebatan pelakon senior seperti Maya Karin yang kita tahu dia hebat melakonkan watak hantu dalam filem seram.

    Saya tak pernah bandingkan kebolehan saya dan cuma hanya beri yang terbaik kepada apa yang saya mampu beri. Setakat ini memang ikut hati dan beri jiwa 200 peratus untuk sesuatu watak.

    Sekadar info, filem ‘Susuk Bidadari’ ini turut dibintangi Datuk Rosyam Nor, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Alya Iman. Filem arahan Faizal Nadxaman ini dijangka bakal ditayangkan pada pertengahan tahun depan.

    MENARIK:  Aaron Aziz Pilih Naskah Yang Sesuai – ‘Dah Tak Nak Bawa Watak Dukung & Bersentuhan’ 

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah