26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, November 8, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tragedi: Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Selepas Ditinggalkan dalam Kereta di Parkir Hospital selama 4 Jam

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta ibunya yang diparkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam, pada Selasa.

    Maut tertinggal dalam kereta

    Sekadar gambar hiasan

    Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, hasil siasatan mendapati ibunya yang juga kakitangan hospital berkenaan secara tidak sengaja meninggalkan mangsa di dalam kenderaan jenis Axia, selepas wanita itu mengambilnya dari sebuah taska berdekatan tempat kejadian, kira-kira jam 2 petang.

    Semasa ditinggalkan, mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu kanak-kanak itu yang berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital hanya menyedari kejadian terbabit selepas dihubungi suaminya, pada 6 petang.

    Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital sebelum disahkankan meninggal dunia. Difahamkan, keputusan bedah siasat masih belum dikeluarkan.

    MENARIK:  [VIDEO] Alyah Sifatkan Nur Izzara Sebagai Hadiah Dari Tuhan – ‘Semua Tepat Pada Waktunya’

    Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah