26 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tolong Kongsi Keberadaan Anda Dengan Keluarga, Tak Kisah Ada Latar Belakang Fight Macam Mana Sekali Pun’ – Sweet Qismina

    Shopee Sale



    Sweet Qismina

    Pelakon Sweet Qismina menasihati orang ramai untuk sentiasa berkongsi lokasi semasa kepada ahli keluarga sebagai langkah keselamatan.

    Kongsi keberadaan

    Sweet Qismina

    Sweet atau nama sebenarnya Farhana Qismina Supandi, 27, berkata, baik lelaki mahupun wanita hendaklah memaklumkan keberadaan mereka ketika berada di luar.

    Tolong kongsi keberadaan anda jika sedang bersendiri. Tak kisah perempuan atau lelaki, tak kisah awak itu ada latar belakang fight macam mana sekali pun, gangster macam mana sekali pun.

    Tolong kongsi kebereadaan anda kepada keluarga. Orang kata menyampah nak update 24/7 pun buat jela.

    Sweet berkongsi pesanan itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya susulan insiden menimpa abang kepada penyanyi Aufahanie iaitu Nidza Afham.

    Pada hantaran sama, isteri kepada aktor Adam Lee itu turut meminta orang ramai agar tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadi dalam media sosial kerana risau akan mendatangkan bahaya.

    Jangan kongsi awak berada di mana dalam media sosial. Kongsi selepas beberapa jam atau sehari selepas majlis.

    Rasa tak sedap hati, jangan kongsi dulu. Sesiapa sahaja boleh datang kepada awak pada bila-bila masa.

    Biar ada privasi dalam sosial media, tetapi jangan privasi kepada keluarga.

    MENARIK:  [VIDEO] Sharifah Sakinah Tidak Mahu Ubah Ciptaan Allah Demi Kepuasan Orang Lain – ‘Eye Bags Ini Tak Mengganggu Saya’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah