Pelakon Nadzmi Adhwa memohon orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang foto yang boleh menimbulkan fitnah dan salah faham mengenai isterinya, Ardell Aryana.
Artikel Berkaitan: ‘Ardell Antara Mencuri Tumpuan Pada Misi Kali Ini Sebab Itu Dia Kena!’ – Nadzmi Adhwa
Artikel Berkaitan: Nadzmi Adhwa Sudah Kirim Telefon Bimbit, Ramai Tidak Sabar Ardell Aryana Kembali Buat ‘Live’
Minta masa dan doa

Menerusi perkongsian di Threads, Nadzmi atau nama lengkapnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, menyeru agar orang ramai memberi masa dan ruang kepada isterinya.
Minta masa dan doa sahaja ya untuk isteri saya dan kesayangan korang semua.
Tolong la jangan keluarkan gambar yang bukan bukan. Boleh tak kita tunggu je Ardell balik? Please ya korang.
Dalam perkongsian yang sama, Nadzmi turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas doa dan perhatian yang diberikan.
Korang sangat baik mendoakan dan amik berat. Terima kasih untuk itu. Minta masa tau.
Terdahulu, Nadzmi memaklumkan bahawa isterinya, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin sedang menerima rawatan selepas mengalami kecederaan pada tisu bahu akibat kekasaran tentera Israel.
Menerusi laporan Buletin Utama, Peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Abd Moin mengesahkan bahawa Ardell serta seorang lagi aktivis, Haikal Abdullah, telah menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis.
Menurutnya, Ardell telah ditumbuk di bahagian muka dan rambutnya turut ditarik. Manakala, PU Rahmat ‘dipaksa’ buka baju dengan tujuan dimalukan.
Terdahulu, Ardell bersama 22 sukarelawan Malaysia dilaporkan selamat tiba di Istanbul, Turkiye sekitar jam 9 malam waktu Malaysia, selepas dibebaskan daripada tahanan Angkatan Tentera Israel (IDF) ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Sumber: Thread Nadzmi Adhwa
The post ‘Tolong Jangan Keluarkan Gambar Yang Bukan-Bukan, Kita Tunggu Je Ardell Balik’ – Nadzmi Adhwa first appeared on OHBULAN!.