Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Heliza Helmi mendedahkan dirinya tidak diberi sebarang sumber makanan sepanjang berada dalam tahanan tentera zionis Israel.
Artikel Berkaitan: Agy Henti Promosi Brand Demi Hormati Situasi GSF, Tak Peduli ‘Income’ Terjejas – ‘Rezeki Allah Luas’
Minum air tandas

Dilayan dengan begitu teruk dan kejam, Heliza, 39, berkata, dia dan sukarelawan lain hanya diberi minum air tandas.
Mereka (tentera Israel) layan kami sangat teruk dan kejam. Boleh bayangkan tak kami diberi minum air tandas.
Kali terakhir saya makan adalah pada 1 Oktober dan pada 4 Oktober merupakan makanan pertama saya.
Jadinya selama tiga hari saya tidak diberi makan, hanya minum air tandas.
Heliza berkongsi perkara itu ketika ditemu bual oleh agensi berita Anadolu English sejurus tiba di Istanbul, Turkiye, pada Sabtu.
Sementara itu, adik Heliza iaitu Hazwani Helmi mendedahkan sikap tentera zionis yang tidak mengambil berat tentang kesihatan sukarelawan meskipun ada di antara mereka yang sakit.
Ada sukarelawan yang jatuh sakit, namun apabila dimaklumkan kepada tentera Israel mereka tanya ‘adakah dia mati? Kalau tidak bukan masalah kami’.
Dalam temu bual sama, Heliza dan Hazwani menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Turkiye kerana membantu pengurusan membebaskan semua 23 sukarelawan Malaysia.
Sumber: TikTok
The post ‘Tiga Saya Tidak Diberi Makan, Hanya Minum Air Tandas’ – Heliza Helmi first appeared on OHBULAN!.





