28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada Slot ‘Wildcard’, Muktamad Hanya 10 Lagu Berentap Rebut Gelaran Juara AJL39

    Shopee Sale



    AJL39

    Harapan peminat untuk menyaksikan 12 lagu berentap di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) tidak termakbul apabila TV3 hanya mengekalkan penyertaan 10 karya sahaja.

    Kekal 10 lagu

    AJL39

    Pengumuman itu dibuat oleh TV3 selaku penganjur menerusi sesi siaran langsung khas yang diadakan di TikTok pada Sabtu.

    Sebelum ini tularnya khabar angin mengatakan terdapat dua lagi slot tambahan atau ‘wildcard’ yang akan menghangatkan lagi pentas AJL 39.

    Antara lagu yang disebut adalah ‘Belakang Tabir’ nyanyian Syamil, ‘Yennode Macha’ nyanyian Zubir Khan, ‘Oh Huminodun’ nyanyian Elica Paujin dan ‘Panas’ nyanyian Nikki Palikat.

    Berikut senaraikan kesemua lagu yang meraih perhatian juri dan layak ke saingan AJL39.

    1. Diam- Hael
    2. Puas Sudah -Aina Abdul
    3. Hening Rindu- Marsha
    4. Aura – Ernie
    5. Terus Bersinar – Hafiz Suip
    6. Pujaanku – Masdo ft Aishah Aziz
    7. Risiko- Benzoloo, Tuju & MK K-Clique
    8. Sengaja – Amir Masdi
    9. Saksama- Akim & The Majistret
    10. Bukan Lagi Kita – Nadeera

    MENARIK:  ‘Kalau Berdua Bonus, Tapi Tidak Pernah Letak Syarat Ambil Kami Sebagai Pakej’ – Mimi Lana

    Dapatkan tiket

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Untuk edisi kali ini, penonton bukan sahaja boleh menonton AJL39 menerusi kaca televisyen tetapi berpeluang untuk menyaksikan sendiri kehangatan malam anugerah ini secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Untuk mendapatkan tiket konsert AJL39, anda boleh membuat pembelian http://www.wowtix.com.my.

    Dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann, AJL39 juga akan dibawakan secara langsung di TV3 pada 16 Februari ini jam 9 malam dan juga boleh distrim secara HD di http://www.tonton.com.my.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah