30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Teuku Ryan Meminta Doa, Berusaha Menyelamatkan Hubungannya Dengan Ria Ricis

    Shopee Sale



    Foto Kredit: Detik Hot

    Kemelut rumah tangga Youtuber, Ria Ricis bersama suaminya, Teuku Ryan nampaknya masih belum selesai sehingga ke hari ini.

    Tak akan buka aib isteri

    Menerusi laporan Detik Hot, Ria dan suami dilihat hadir ke Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan masalah yang melanda bahtera perkahwinan mereka secara tertutup.

    Pasangan tersebut dilihat bersalaman malah Ria turut mencium tangan Ryan sebelum perbicaraan bermula. Bukan itu sahaja, mereka berdua dipercayai menangis beberapa kali sepanjang enam jam perbicaraan itu berlangsung.

    Di samping itu, Ryan berkata, dia masih berusaha menyelamatkan rumah tangganya sekali gus menyangkal khabar angin mengenai dirinya. Ryan juga berjanji tidak akan membuka aib isterinya kerana Ria adalah ibu kepada anaknya.

    Saya mohon doa, saya sudah cuba pertahankan keluarga saya. Saya tidak akan buka aib Ria kerana dia ibu kepada anak saya.

    Terdahulu, Ria dilaporkan memfailkan penceraian terhadap Ryan selepas dua tahun mereka hidup bersama.

    MENARIK:  [VIDEO] Proses Perceraian Linda Hashim & Beego Ditangguh 6 Mac – ‘Serahan Notis Kepada Defendan Tidak Berjaya’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah