27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sophia Albarakbah Panik Tali Terputus Masa Terbang Jadi ‘Pontianak’ Dalam Filem Saka Perawan

    Shopee Sale



    Pelakon cantik, Sophia Albarakbah berdepan detik cemas ketika penggambaran dalam filem terbaharu Saka Perawan.

    Detik cemas jadi pontianak

    Ketika ditemui di tayangan perdana filem Saka Perawan baru-baru ini, Sophia atau nama lengkapnya Sharifah Sophia binti Syed Abdul Rahman berkata, tali yang mengikat kedua-dua kakinya terputus sewaktu melakonan adegan terbang.

    Antara cabaran yang terpaksa saya lalui ialah bila pertama kali ‘rigging’ untuk melakonkan babak hantu terbang. Mula-mula memang takut tapi bila dah terbang tu best. Itu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

    Namun, ada satu babak yang saya tergantung dalam keadaan meniarap. Mereka ikat saya di bahagian belakang dan kedua-dua belah kali. Bila sudah naik tinggi, kedua-dua ikatan di bahagian kaki itu terputus.

    Masa tu saya panik dan pihak produksi segera turunkan saya. Mereka juga sudah siapkan tilam.

    Dalam pada itu, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu juga akui meskipun kali pertama memegang watak komedi tetapi dia begitu selesa lebih-lebih lagi apabila dikelilingi dengan pelakon yang cukup hebat.

    Watak saya tidak terlalu sukar tapi menyeronokkan. Sebelum ini, saya selalu bawa watak yang bermain dengan emosi. Namun, kali ini cabarannya berbeza.

    Saya berlakon dengan ramai pelawak. Jadi, tak susah saya nak dapatkan mood kelakar itu. Ini juga pertama kali saya membawa watak sebagai pontianak yang kelakar. Jadi, saya enjoy.

    Sementara itu, Sophia berkata dia juga banyak menimba ilmu lakonan sewaktu penggambaran daripada pelakon berpengalaman seperti Fauziah Nawi, Azlee Senario, Yassin Senario, Eizlan Yusof dan ramai lagi.

    MENARIK:  Guru Al-Quran Maut Kemalangan, Saksi Dedah Jenazah Bersih Tanpa Darah – ‘Hentaman Sangat Kuat Tapi Hanya Luka Di Dagu’

    Filem ini menampilkan ramai barisan pelakon legenda komedi dan juga baharu seperti Azlee Senario, Yassin Senario, Datuk Hajah Fauziah Nawi, Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nidzam, Afieq Shazwan, Dato’ Seri Eizlan Yusof, Wilma Muhammad, Man Raja Lawak, Atu Zero, Mamak Puteh, Anne Abdullah dan Zalif Sidek.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah