
Permasalahan dalam solat seperti ini jarang sekali berlaku namun adalah menjadi satu keperluan untuk seorang Muslim mengetahui hukum jika menjadi makmum kepada imam yang terlupa melakukan mandi wajib ketika dirinya sedang berhadas besar.
Terbatal ke solat makmum?
Menerusi perkongsian kariah Masjid Bandar Seri Putera, adalah tidak batal solat sekiranya makmum tidak mengetahui kondisi imam ketika mereka sedang mendirikan solat.
Kalau imam ada buat salah tapi makmum tak tahu ataupun tak nampak, solat makmum tak batal.
Tapi, kalau makmum tahu atau nampak tetapi makmum tetap ikut solat di belakang imam, barulah solatnya terbatal.
UAI turut beri penjelasan
Sementara itu, pendakwah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus juga pernah memberikan penjelasan tentang isu ini ketika ditanyakan seorang jemaah ketika berceramah.
Perjelas Ustaz Azhar secara terperinci, hanya imam yang perlu menggantikan solat apabila tersedar dirinya terlupa mandi hadas besar.
Tak berdosa pun kalau imam terlupa mandi wajib sebab itulah manusia penuh dengan kelemahan.
Selepas beri salam tiba-tiba teringat yang tak mandi wajib lagi, jangan bagitahu kepada makmum kerana pada hukumnya solat makmum menjadi sah.
Ini kerana, kemudaratan yang dilakukan imam (terlupa mandi wajib) adalah satu kesalahan yang tak dapat dilihat.
Imam sahaja solatnya yang tidak sah maka balik saja rumah, kena mandi wajib dan ganti solat semula.





