Pelakon, Faye Kusairi mengakui tawaran lakonannya kini jauh berkurangan berbanding dahulu.
Artikel Berkaitan: Faye Kusairi Nafi Jual Nasi Ayam Di Kaki Jalan Kerana Karier Lakonan Sendu
Artikel Berkaitan: Faye Kusairi Serik Kena Fitnah, Nafi Rumah Tangga Sedang Bermasalah – ‘Dah Berusia Ni Kurang Minat Nak Kongsi’
Tak banyak tawaran

Menurut Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, pengurangan tawaran lakonan itu kemungkinan juga berpunca daripada faktor usia.
Kata Faye, dia masih aktif berlakon namun kini lebih berhati-hati dalam memilih watak yang sesuai dengan dirinya.
Saya banyak juga memilih dari segi masa, watak, dan tawaran untuk lakonan.
Dan sejujurnya, tawaran lakonan tidak banyak seperti dulu. Ye lah, saya pun dah berumur dan rupa pun tak secantik orang lain.
Saya cuma seorang pelakon, bukan selebriti.
Tidak seperti yang lain, Faye berkata dia memilih untuk mengambil pendekatan berbeza iaitu tidak terlalu bergantung pada perhatian orang ramai.
Dalam masa yang sama, Faye menjelaskan perkara itu sedikit sebanyak memberi impak terhadap perjalanan kerjayanya dalam industri hiburan.
Saya tak hidup bergantung pada perhatian orang ramai, malah saya menjauhinya.
Lagilah orang tak menghargai saya dalam arus perdana, agaknya.
Aktif berkongsi di media sosial dan menghadiri acara sosial pula dianggap ‘wajib’ untuk kekal relevan sebagai seorang selebriti.
Sumber: Threads
The post Tawaran Lakonan Faye Kusairi Berkurang, Faktor Usia Jadi Punca – ‘Saya Dah Berumur, Tak Secantik Yang Lain’ first appeared on OHBULAN!.





