29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tareq Fit Label Industri Hiburan Haram, Amelina Terkilan – ‘Kau Pertikai Rezeki Orang, Maknanya Kau Pertikai Allah’

    Shopee Sale

    Penyanyi dangdut, Amelina menyelar tanggapan serong segelintir pihak yang sewenang-wenangnya melabel industri hiburan sebagai haram, seperti didakwa pempengaruh sensasi dikenali sebagai Tareq Fit.

    Artikel Berkaitan: Tareq Fit Kecewa Azad Jasmin Libat Ibu Dalam Pergaduhan, Beri Gelaran Kurang Ajar – ‘Ni Ke Akhlak Artis Yang Korang Sokong?’

    Isu industri hiburan haram

    Amelina, 52, berkata, meskipun ada kebenaran dalam pandangan yang dilontarkan, tujuan utamanya bergiat dalam dunia seni hanyalah untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

    Bukan kita nak betulkan benda yang salah. Fasal aurat semua itu, memang kita tahu. Yang penting niat atau nawaitu kita.

    Contohnya, kalau dapat rezeki ini, kita nak buat untuk apa. Saya secara peribadi, tiadalah sampai terkeluar landasan niat saya.

    Orang pergi pejabat, mereka pakai baju yang sesuai. Untuk saya sebagai penyanyi, kenalah pakai baju yang sesuai untuk menyanyi. Tiada pula sampai pergi kerja berbikini atau berkemban.

    Amelina berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Seloka Lebaran 2026 anjuran Rusa MVM Music yang berlangsung di ibu kota, pada Isnin.

    Pelantun lagu Rindu itu turut menegaskan bahawa bakat merupakan kurniaan Tuhan dan tidak wajar dipertikaikan apatah lagi dijadikan alasan untuk merendahkan sumber rezeki orang lain.

    Bila kita mempertikaikan bakat atau rezeki orang, maknanya engkau mempertikaikan kelebihan Allah SWT, semua yang datang daripada Dia (Allah).

    Macam saya, 15 tahun menghilang kemudian dilorongkan semula dalam industri, menyanyi lagu-lagu lama yang popular. Rezeki ini yang membolehkan saya membesarkan anak-anak dan bekerja demi mereka.

    Individu terbabit boleh menilai, tak salah tapi rezeki ini datang daripada Allah. Kalau kau pertikai, maknanya kau persoal kerja Tuhan.

    Dalam masa sama, Amelina mengakui dia menghormati Tareq sebagai jurulatih kecergasan yang sering berkongsi panduan mengenai diet, namun tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan apabila bidang seni dipandang rendah.

    MENARIK:  [VIDEO] Tareq Fit Tegur Kaum Lelaki ‘Asyik’ Buat Trend ‘Jamilah’ – ‘Ini Bukan Aura Jantan Sejati’

    Terdahulu, kontroversi membabitkan Tareq terus berlarutan apabila dia meluahkan rasa kecewa terhadap penyampai radio Era, Azad Jasmin yang didakwa menggelarkan ibunya sebagai pelayan pusat hiburan atau GRO.

    Menurut Tareq, isu tersebut tercetus selepas dia memberikan pandangan kepada Azad mengenai dunia hiburan yang disifatkan boleh merosakkan akhlak.

    The post Tareq Fit Label Industri Hiburan Haram, Amelina Terkilan – ‘Kau Pertikai Rezeki Orang, Maknanya Kau Pertikai Allah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah