Pelakon Fatin Afeefa memuat naik beberapa foto kenangan bersama Allahyarham bapanya yang menghembuskan nafas terakhir pada 6 Jun lalu.
Artikel Berkaitan: Bapa Fatin Afeefa Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Sayang Saya Seumur Hidup’
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Syukur Kes Hadanah Selesai, Dapat Hak Jagaan Penuh Ivy – ‘Selepas Tiga Tahun …’
Fatin Afeefa kenang arwah bapa
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 31, meluahkan rasa syukur kerana dibesarkan oleh seorang bapa yang baik dan sentiasa menyayangi keluarga sepanjang hayatnya.
Semakin saya meningkat dewasa, semakin saya sedar betapa bertuahnya saya. Bukan kerana apa yang Baba berikan kepada saya, tetapi kerana siapa dirinya. Seorang yang lembut, penyabar dan baik hati.
Baba bukan jenis ayah yang mengangkat tangan kepada anak-anaknya. Sebaliknya, dia hanya akan mengusap kepala saya, tersenyum dan berkata, ‘Takpe’.”
Fatin turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang lelaki yang baik dan mengakui akan sentiasa bersyukur kerana dikurniakan seorang bapa sepertinya.
Saya dibesarkan oleh seorang lelaki yang baik. Seorang lelaki yang sangat baik. Dan saya akan sentiasa bersyukur kerana Allah memilih Baba untuk menjadi ayah saya.
Dalam pada itu, Fatin turut menitipkan doa agar bapanya diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.
Ya Allah, dengan segala rahmat-Mu, ampunilah segala kekurangan dan kesilapannya. Kurniakanlah ganjaran atas segala kebaikan yang pernah dilakukannya kepada orang lain.
Terangilah kuburnya dengan cahaya, berikan ketenangan dan keselesaan kepadanya serta tempatkanlah dia dalam kalangan insan yang Engkau cintai.
Baba telah menghabiskan hidupnya dengan berbuat baik kepada kami. Maka Ya Allah, berbuat baiklah kepadanya. Amin.
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan rakan artis dan pengikutnya menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Sumber: Instagram Fatin Afeefa
The post ‘Saya Bertuah Kerana Allah Pilih Baba Jadi Ayah Saya’ – Fatin Afeefa first appeared on OHBULAN!.




(@fatinafeefa)

