31.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Boleh Ja Berhubung Di WhatsApp’ – Fattah Amin

    Shopee Sale

    Aktor tampan, Fattah Amin memaklumkan dirinya bakal memenuhi permintaan anaknya, Fatima Aisya untuk bercuti ke taman tema Disneyland, Tokyo.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Fatima Ke Yang Post? Kenapa Daddy Call Tak Angkat?’

    Ada plan nak bawa Fatima ke Disneyland

    Ujar Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, dia juga sudah mempunyai tarikh yang sesuai untuk membawa puteri sulungnya bercuti ke negara matahari terbit itu.

    Sebenarnya memang ada perancangan cuma Fatimah terikat dengan jadual persekolahan.

    Bila saya dah tahu tentang jadual, memang saya dah plan dah.

    Dalam masa yang sama, pelakon berusia 35 tahun itu menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya dihebohkan di media sosial sebaliknya boleh diselesaikan secara peribadi.

    Cuma itulah, perkara macam ini boleh saja berhubung melalui WhatsApp.

    Insya-Allah ada dah tarikh.

    Fattah berkongsi perkara tersebut ketika sesi sidang media bagi jenama air mineral, NEX pada Sabtu.

    MENARIK:  [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Kaut Untung Daripada Hasil Kutipan Derma

    Pada majlis yang berlangsung di Stadium Hoki Negara, Bukit Jalil itu, Fattah telah diperkenalkan secara rasmi sebagai duta pertama jenama air mineral berkenaan.

    Akan bercuti bersama keluarga

    View this post on Instagram

    A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

    Berkongsi lanjut, pelakon ‘Pendekar Awang: Darah Indera Gajah’ itu memaklumkan dia juga akan membawa ahli keluarganya bercuti bersama ke Jepun.

    Saya akan ke sana dengan keluarga, ibu ayah dan juga adik-beradik saya.

    Terdahulu, tular satu video memaparkan Fatima yang meminta Fattah untuk membawanya melancong ke taman tema popular dunia, Disneyland Tokyo.

    Menerusi video itu juga, Fatima turut menyatakan dia sangat menyayangin bapanya.

    The post ‘Boleh Ja Berhubung Di WhatsApp’ – Fattah Amin first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah