29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Talia Membeli Dua Motosikal Benelli Sempena Kempen Ramadan Raya

    Shopee Sale



    Thalia

    Pengasas jenama produk kecantikan dan penjagaan peribadi, Talia iaitu Datin Thalia Baiduri menawarkan dua buah motosikal jenama Benelli untuk pelanggan sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini.

    2 buah motor Benelli

    Thalia Baiduri

    Menurut Thalia, motosikal berkenaan diberikan sebagai penghargaan buat pelanggan yang terus menyokong dan setia dengan jenama itu.

    Kali ini antara fokus jualan kita ialah Dolly Milk iaitu susu penggalak untuk putih dengan rasa sedap dan memberikan kesan efektif.

    Saya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, dulu saya hitam lepas amalkan setahun susu ini Alhamdulillah memang nampak perubahan.

    Thalia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media majlis Talia Glitz Raya – Budaya Bertemu Busana yang berlangsung di Tamarind Square, Cyberjaya, pada Selasa.

    Sementara itu, Thalia atau lebih mesra dengan panggilan Bunda Lia berkata, produknya iaitu Dolly Milk diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu strawberry serta honey dew.

    Harga bagi setiap botol Dolly Milk ialah RM55 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM60 untuk Sabah dan Sarawak.

    Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motosikal itu, Thalia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan mereka.

    MENARIK:  ‘Borneo Fashion Week’ Serlah Aura Glamour & Moden, Kekalkan Kelestarian Rekaan

    Koleksi raya Talia

    Thalia Baiduri

    Sempena Syawal kali ini juga, lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti.

    Kita tampilkan lima jenis rekaan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan. Lebih menarik size sehingga 2XL dan harga di bawah RM250 sahaja.

    Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.

    Tambahnya, satu lagi produk Talia, Glam V yang membantu mengurangkan berat badan hadir dengan perisa terbaharu iaitu latte.

    Dalam perkembangan lain, jenama Talia sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahun ini menerusi produk Dolly Milk. Kata ibu kepada empat cahaya mata itu, segalanya dalam perancangan dan akan diumumkan sebelum penghujung tahun 2024.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah