29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Perlu Fikir Mendalam, Memasak Adalah Terapi Saya’ – Aina Abdul Tak Melatah Dengan Komen Netizen

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menjadikan aktiviti memasak sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan dan mengisi masa lapang ketika tidak terlibat dengan urusan seni.

    Artikel Berkaitan: Aina Abdul Mahu Calon Suami Bukan Kerja Industri – ‘Kalau Saya Balik Rumah, Kami Boleh Borak Hal Lain’

    Artikel Berkaitan: Aina Abdul Solat, 5.2k Penonton ‘Jaga’ Asam Pedas & Telur Dadar

    Terapi

    View on Threads

    Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 33, menjelaskan bahawa aktiviti di dapur sambil melakukan sesi siaran langsung (live) itu hanyalah hobi yang dilakukan sekiranya mempunyai masa terluang.

    Tidak perlu fikir mendalam sangat. Itu sekadar mengisi masa terluang saya.

    Memasak adalah terapi saya pada ketika ini.

    Jelas Aina, sesi tersebut juga merupakan medium untuknya berinteraksi secara santai dengan para peminat yang sering merindui kemunculannya secara langsung.

    MENARIK:  ‘Hadiah Yang Sangat Bernilai’ – Ibu Kongsi Foto Bersama Cucu, Aisyah Aziz Selamat Timang Anak Sulung

    Menjawab mengenai kritikan cara masakannya yang dikatakan agak pelik, pelantun lagu Terus Hidup turut mengakui bahawa dia masih dalam proses belajar.

    Secara tidak langsung saya dapat connect dengan para peminat yang selalu minta saya live.

    Saya kurang pengetahuan tentang memasak jadi kesilapan memang tidak dapat dielakkan, itu sahaja.

    Aina menjelaskan perkara itu selepas segelintir pihak mempersoalkan tindakannya yang kerap melakukan live memasak di media sosial.

    Terdahulu, tular komen seorang individu yang berasa keliru dengan kandungan (content) dapur Aina yang dianggap tidak selari dengan imejnya sebagai seorang penyanyi profesional.

    Sumber: Threads

    The post ‘Tak Perlu Fikir Mendalam, Memasak Adalah Terapi Saya’ – Aina Abdul Tak Melatah Dengan Komen Netizen first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah