30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    FFM34: FINAS Ambil Positif Teguran Isu Poster, Pertimbang Cadangan Adakan Pertandingan Pada Edisi Akan Datang

    Shopee Sale

    Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib tampil menjelaskan isu dibangkitkan segelintir netizen berhubung rekaan poster rasmi Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang didakwa kurang menarik dan seolah-olah dibuat secara ‘tangkap muat’.

    Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Tak Sangka Menang Pelakon Wanita Terbaik FFM34 – ‘Ini Adalah Trofi & Watak Besar Pertama Untuk Saya’

    Artikel Berkaitan: FFM34: Tarmimi Siregar Raih Anugerah Khas Sepanjang Zaman

    Isu poster FFM34

    Azmir berkata, poster tersebut sebenarnya dihasilkan oleh pasukan dalaman Radio Televisyen Malaysia (RTM), bagaimanapun pihaknya mengambil segala pandangan dengan positif dan akan perbaiki pada edisi akan datang.

    Saya ingin jelaskan bahawa poster itu sebenarnya direka oleh pihak RTM. Setiap kali RTM menganjurkan sesuatu program, pasukan dalaman mereka yang akan menghasilkan poster berkenaan.

    Bagaimanapun, saya ambil perkara ini secara positif. Pada masa hadapan, apabila FINAS bekerjasama dengan RTM, kita akan pastikan kualiti poster yang dihasilkan menepati tahap dan keunggulan Festival Filem Malaysia (FFM).

    Mengulas lanjut, Azmir berkata, walaupun berdepan pelbagai pandangan, pihaknya percaya setiap penganjuran mempunyai cabaran tersendiri dan menjadi ruang untuk penambahbaikan.

    Saya percaya setiap tahun cabarannya berbeza. Tahun lepas sudah hebat, tahun ini pula Alhamdulillah ramai yang menyatakan malam anugerah kali ini sangat berjaya.

    Daripada pembukaan semasa sidang media dan pelancaran pun sudah meriah, malam ini pula berganda kemeriahannya. Jadi, saya berharap tahun depan jenama FFM akan lebih menyerlah lagi.

    Dalam masa sama, Azmir turut terbuka dengan cadangan agar FINAS menganjurkan pertandingan mereka bentuk poster bagi memberi peluang kepada lebih ramai pihak menonjolkan kreativiti masing-masing.

    Mungkin FINAS boleh menganjurkan satu pertandingan poster dan memberi peluang kepada semua untuk menyertai.

    Insya-Allah, kita akan pertimbangkan perkara itu kerana saya lihat maklum balas kali ini sangat positif. Ini menunjukkan ramai peminat di luar sana mengikuti dan peka dengan FFM.

    Biasanya RTM akan mengeluarkan satu poster untuk mempromosikan acara pada hari berlangsungnya program dan insya-Allah kita akan perbaiki perkara itu.

    Seperti yang selalu saya ingatkan kepada pasukan saya, kita perlu terus melakukan penambahbaikan, masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.

    Terdahulu, poster rasmi FFM34 dikritik segelintir pengguna media sosial kerana dikatakan kurang menarik dan tidak menunjukkan sebarang kreativiti.

    MENARIK:  [VIDEO] Rozita Che Wan Usik Bella Astillah & Syed Saddiq, Netizen Suka – ‘Selamat Pengantin Baharu’

    The post FFM34: FINAS Ambil Positif Teguran Isu Poster, Pertimbang Cadangan Adakan Pertandingan Pada Edisi Akan Datang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah