29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Nak Ulas Banyak Sebab Kita Profesional, Sekali Cakap Lepas Itu Kita Diam’ – Elly Mazlein

    Shopee Sale



    Sebelum ini, penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story mengenai sikap segelintir pihak yang didakwa suka menjadikan dirinya sebagai bahan jenaka.

    Terbaru, Elly berkata, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkongsiannya itu.

    Tak nak ulas banyak

    Memetik laporan Media Hiburan, Elly berkata, apa yang ingin dikongsikan dan diluahkan sudah pun ada di platform berkenaan.

    Saya tak mahu beri respons mengenai perkara itu. Sebab apa yang saya ingin luahkan, sudah ada di Instagram Story. Jadi, itu sahaja saya nak cakap.

    Minta maaf tak nak ulas banyak-banyak, sebab kita profesional. Sekali cakap, lepas itu kita diam.

    Disoal sama ada berasa lega ataupun tidak selepas meluahkan perasaan tersebut, pelantun suara ‘Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan’ ini hanya menjawab ‘rasanya itu sahaja yang saya ingin beri komen’.

    MENARIK:  Kes Didakwa 'Bapa Ayam' Promosi Pelacuran, Netizen Desak Polis Bertindak Cepat

    Terdahulu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, dia tidak akan lantang bersuara sekiranya tiada pihak yang suka ‘mengusik’ dan menyindirnya.

    Ujar Elly lagi, seseorang individu tidak perlu menanam sifat dengki dalam diri kerana soal rezeki telah ditetapkan Allah SWT.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah