Penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid menyambut 40 tahun perjalanan dalam dunia seni dengan sebuah karya baharu yang cukup berani berjudul ‘Moving On’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sheila Majid Enggan Ulas Isu Lagu Sinaran – ‘Bukan Ditujukan Kepada Saya, Tapi Syarikat Penerbitan’
Artikel Berkaitan: Sheila Majid Tak Akan Ubah Wajah – ‘Saya Takut Pada Tuhan’
Lagu baru

Lagu ini bukan sekadar single baharu, tetapi ia adalah refleksi sebuah perjalanan, satu bentuk penyembuhan dan satu kenyataan bahawa Sheila akan terus melangkah, bukan ke belakang tetapi terus mara ke hadapan.
Lagu ini berkisarkan tentang jiwa, terutamanya buat generasi muda yang masih mencari identiti dan siapa mereka di tengah kesibukan dunia digital.
Selain itu, single terbaharu ini juga membawa semangat ketahanan dan keberanian serta menjadi bukti bahawa Sheila tidak pernah berhenti mengembangkan karya seninya.
Saya tidak kejar trend. Saya mengejar rasa, mengejar jiwa.
Lagu ini memberikan saya ilham untuk terus berkarya kerana saya saksikan yang dunia kini telah berubah, dan saya pun berubah sama. Tetapi saya tetap kenal dengan diri saya.
Penerbit muzik dari Korea
View this post on Instagram
Selepas pandemik, penyanyi berusia 60 tahun itu menyedari bahawa lagu-lagu lamanya terutama sekali Sinaran kembali dengan nafas baharu.
Ramai peminat muda mengenali dirinya buat pertama kali dan ini memberi inspirasi buat Sheila untuk menulis lirik yang boleh merapatkan dua dunia.
Sheila kemudian bergabung tenaga dengan Hyuk Shin, penerbit muzik terkenal dari Korea Selatan untuk membina satu arah muzik yang segar.
Sheila sendiri menyediakan mood board untuk Hyuk Shin, penuh dengan rujukan dari zaman Donna Summer dan Diana Ross.
Saya memang hidup di generasi 80-an. Groove zaman itu memang sentiasa dekat di hati saya.
Untuk makluman, muzik seperti itu kini sedang dinikmati semula oleh generasi baharu. Ia dikenali sebagai City Pop, irama ini bukanlah asing bagi Sheila
Dengan gaya vokal unik dan semangat yang tidak pernah padam, Sheila terus menginspirasi lintas generasi. Single terbaharunya, Moving On membawa semangat ketahanan dan keberanian serta menjadi bukti bahawa Sheila tidak pernah berhenti mengembangkan karya seninya.
The post ‘Tak Kejar Trend, Tapi Saya Kejar Rasa & Jiwa’ – Sheila Majid Rai 40 Tahun Dalam Industri Dengan Lagu ‘Moving On’ first appeared on OHBULAN!.





