25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Ada Salahnya Kahwin Dengan Janda, Hati Tetap Memilih Siapa Yang Mahu’ – Fazley Yaakob

    Shopee Sale

    Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, memberikan pandangannya tentang stigma masyarakat berhubung perkahwinan di antara lelaki bujang dengan seorang janda.

    Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob ‘Backup Content Creator’ Kongsi Resipi Mudah – ‘Kita Tak Perlu Jadi Juri MasterChef’

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sampai Tukar Skin Tone Bila Pakai Foundation, Letak Blusher Macam Kena Penampar’ – Fazley Yaakob

    Kahwin dengan janda

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fadzli Yaakob, 48, menegaskan bahawa mendirikan rumah tangga dengan wanita yang pernah berkahwin bukanlah satu kesalahan, sebaliknya setiap individu berhak mencari kebahagiaan.

    Tak ada salahnya pun kahwin dengan ‘bekas orang’, ‘janda dengan excess baggage’..’dulu isteri si polan’.

    Hati tetap akan memilh siapa yang ia mahu.

    Dalam masa yang sama, Fazley turut meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang kurang senang melihat kebahagiaan orang lain.

    MENARIK:  [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Kaut Untung Daripada Hasil Kutipan Derma

    Menurut Fazley, adalah lebih baik jika mereka berhenti menilai seseorang berdasarkan status perhubungannya sebelum ini.

    Awak semua yang namanya tidak disebut di dalam akad, ‘aku terima nikahnya’..tak perlu nak bitter, nak sibuk menilai dan cari kelemahan orang.

    Biasanya orang-orang macam ini memang tak berdamai dengan kebahagian sendiri, lalu mereka berusaha mencari keseronokan dan kepuasan di dalam mencela kehidupan orang lain.

    Pergilah cari hobi yang baru okay? Belajar memasak atau baking.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan Fazley dan berpendapat setiap individu perlu diberikan peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik walaupun pernah gagal dalam perkahwinan terdahulu.

    Sumber: Threads

    The post ‘Tak Ada Salahnya Kahwin Dengan Janda, Hati Tetap Memilih Siapa Yang Mahu’ – Fazley Yaakob first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah