29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Taeyong Bawa Konsert Jelajah Solo Pertama Ke Malaysia Selepas Tamat Khidmat Ketenteraan, Bakal Temui Peminat April Ini

    Shopee Sale

    Anggota kumpulan K-Pop terkenal NCT dan NCT 127 iaitu Taeyong (Lee Taeyong) secara rasmi mengumumkan bakal kembali ke Malaysia bagi menjayakan konsert solo yang dijadualkan bakal berlangsung pada 11 April ini di Idea Live Arena.

    Artikel Berkaitan: Peminat G-Dragon Dah Beratur Luar Stadium 25 Jam Sebelum Konsert Berlangsung

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lee Je Hoon, Pyo Ye Jin Kongsi Babak Aksi Penuh Kejutan & Cabaran Dalam Taxi Driver 3

    Konsert solo

    View this post on Instagram

    A post shared by TY (@taeoxo_nct)

    ‘2026 Taeyong Concert TY-Remastered In Kuala Lumpur’ dianjurkan oleh IME Malaysia dan menjadi antara persinggahan jelajah solo pertama selepas artis tersebut menamatkan khidmat tenteranya.

    Penyanyi itu kini kembali aktif dengan jelajah Asia bagi konsert tersebut. Jelajah ini bermula di Seoul pada Januari 2026 sebelum meneruskan perjalanan ke bandar-bandar utama Asia termasuk Jakarta, Yokohama, Macau dan Bangkok, sebelum tiba di Kuala Lumpur pada 11 April.

    ‘TY-Remastered’ merupakan versi yang direka semula dan dinaik taraf sepenuhnya daripada konsert solo pertamanya “TY Track” yang diadakan pada 2024.

    Persembahan baharu ini bakal menampilkan susunan muzik yang dipertingkatkan, visual pentas direka semula serta produksi berkualiti tinggi dengan fokus kepada pengalaman siaran langsung yang lebih imersif.

    Lebih menarik, konsert ini juga menandakan konsert solo pertama Taeyong di Malaysia, sekaligus menjadikannya detik istimewa buat peminat tempatan.

    Walaupun Taeyong pernah berkunjung ke negara ini pada 2017 bagi persembahan berkumpulan, namun kepulangan kali ini membawa makna yang lebih besar sebagai artis solo.

    MENARIK:  Mamat Dedah Pernah Suka Arwah Siti Sarah – ‘Saya Dapat Nombor Telefon Dia, Nak Ajak Dating’

    Lagu-lagu terbarunya seperti “Shalala” dan “Tap” turut menerima sambutan hangat, memperlihatkan versatiliti muzik serta perkembangan berterusan Taeyong sebagai penghibur.

    Pengumuman ini pastinya menjadi hadiah istimewa buat peminat Taeyong. Hal ini kerana penyanyi itu cukup dikenali dengan persembahan pentas yang bertenaga serta identiti artistik yang unik.

    Taeyong telah lama menjadi tunjang penting dalam NCT dan NCT 127, serta tampil di pentas-pentas besar serata dunia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dia turut menonjolkan arah muzik yang lebih matang melalui karya solonya.

    Sementara itu, penganjur IME Malaysia berkongsi bahawa konsert ini akan dipersembahkan dengan produksi bertaraf tinggi dan menjanjikan malam yang tidak dapat dilupakan oleh peminat.

    Makumat konsert

    Berikut adalah harga tiket bagi konsert ini: RM798 (Track Zone – Berdiri, RM698 (PS1 – Berdiri), RM498 (PS2 – Duduk), RM398 (PS3 – Duduk) dan RM328 (PS4 – Duduk).

    Untuk makluman, pra jualan tiket bagi kelab peminat (NCTzen 127 Membership- GL), telah dilaksanakan pada 26 Januari pada jam 12:00 tengah hari hingga 5:59 petang.

    Bagi jualan umum pula adalah pada 27 Januari, bermula jam 12:00 tengah hari.

    Maklumat lanjut dan kemas kini, anda boleh ikuti platform media sosial rasmi IME Malaysia.

    The post Taeyong Bawa Konsert Jelajah Solo Pertama Ke Malaysia Selepas Tamat Khidmat Ketenteraan, Bakal Temui Peminat April Ini first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah