29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harga Makin Mahal Selepas Menang ABP? Hun Haqeem Jawab – ‘Saya Akan Pastikan Lakonan Berbaloi Dengan Bayaran’

    Shopee Sale



    Hun Haqeem

    Pelakon Hun Haqeem mengakui tidak boleh mengawal skeptikal segelintir pihak yang beranggapan bayaran terhadapnya akan meningkat naik selepas memenangi trofi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.

    Bayaran mahal?

    Hun Haqeem

    Hun, 26, berkata, bukan soal bayaran menjadi keutaaman ketika menerima tawaran sesebuah karya, namun komitmen dan hasil lakonan yang diberikan dalam naskhah tersebut adalah lebih penting.

    Malah, Hun menjanjikan akan sentiasa memberikan yang terbaik setanding dengan bayaran diterima.

    Berkenaan skeptikal bayaran akan mahal selepas menang, orang boleh berfikir begitu.

    Namun apa yang saya janjikan, apabila ditawarkan untuk membintangi sesebuah naskhah, saya akan pastikan lakonan berbaloi dengan bayaran.

    Apabila saya sudah bersetuju menerima tawaran, segalanya saya akan serahkan termasuk ‘my soul’. Itu yang saya janjikan.

    Orang-orang yang sudah bekerjasama dengan saya mereka tahu bagaimana saya berikan komitmen terhadap kerja.

    Hun berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama bersiri terbitan VIU iaitu From Saga With Love musim kedua yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Win-win situation

    Hun Haqeem

    Tambah Hun, seandainya dia tidak memenangi trofi di anugerah tersebut, dia tetap akan memberikan sepenuh hati dan jiwa dalam mana-mana naskhah yang dibintangi.

    Saya rasa nilai saya sama sahaja. Sama ada menang ABP atau tidak, saya sentiasa mahu berikan yang terbaik dalam karya serta lakonan.

    Soal harga, itu bergantung kepada tawaran yang diberikan atau ‘offer’. Terpulang kepada pihak yang memberi tawaran.

    Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, pemilik nama lengkap Haqeem Hermy berkata, tahun 2025 bakal menjadi tahun yang mencabar dan menarik untuknya.

    Insya-Allah tahun depan akan menjadi tahun yang indah dan menarik untuk saya.

    Di mana ada karya yang bagus, di situ saya akan berada. Berharap semuanya akan berjalan lancar untuk kerjaya seni saya.

    Saya juga akan ke terbang ke Jepun untuk acara opening store Levi’s. Kemudian saya akan mula mempromosikan filem Game Of Life.

    Terdahulu, Hun dinobatkan sebagai pemenang trofi kategori Aktor TV Popular di ABPBH36 sekali gus menewaskan empat pencabar lain iaitu Meerqeen, Aedy Ashraf, Amir Ahnaff dan Redza Rosli.

    MENARIK:  Shila Amzah Menantikan Kedatangan Tetamu Beraya – 'Andai Mama & Syada Mahu Ziarah Saya Sentiasa Diterima Dengan Baik'

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah