28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syida Melvin Kongsi Situasi Percutian Di Jakarta, Pilih Duduk Diam Tak Keluar Rumah – ‘Demonstrasi Depa Memang Luar Biasa’

    Shopee Sale

    Usahawan Syida Melvin berkongsi pengalaman bercuti ke negara jiran, Jakarta Indonesia semasa berlakunya penunjuk perasaan yang menzahirkan bantahan terhadap pelbagai isu, termasuk berkaitan elaun diterima wakil rakyat serta dana pendidikan.

    Artikel Berkaitan: Kecoh Anak Syida Melvin Dilarang Masuk Butik, Ini Respon Tuan Kedai – ‘Lain Butik Lain Peraturan’

    Artikel Berkaitan: ‘Hang Pun Kena Tipu Dengan Depa, Lepas Tu Mai Buat Cekang’ – Syifa Melvin

    Keadaan luar biasa

    Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin berkata Jakarta sememangnya berada dalam keadaan buruk susulan ratusan penunjuk perasaan turun padang menuntut reformasi politik dan ekonomi.

    Keadaan dekat sana macam yang tengah viral sekarang. Demonstrasi mereka memang luar biasa.

    Dua hari lepas pada 29 Ogos, kami terkandas tidak boleh pergi ke mana-mana.

    Sebenarnya boleh saja cuma sangat bahaya sebab mereka bakar tol, balai polis, stesen mrt dan beberapa tempat lain.

    Polis pun asyik baling gas pemedih mata, jadi kami semua buat keputusan untuk tidak kemana-mana dan duduk diam-diam dekat rumah.

    Kata Syida, niat untuknya bercuti terbantut namun hanya mampu redha kerana situasi berlaku sebelum tiket penerbangan dibeli.

    MENARIK:  Sharifah Husna & Halim Radzi Sah Bercerai Talak Satu Selepas 4 Tahun

    Dalam pada itu, Syida sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai agar berhati-hati terutamanya ketika berada di ibu negara Indonesia.

    Nak cakap keadaan macam mana esok lusa atau minggu depan tidak berani nak janji.

    Kalau ada yang nak ke sana atas urusan kerja, saya rasa mungkin okay.

    Cuma elakkan lalu di tempat yang mereka berkumpul. Saya risau satu saja, mereka buat tembakan rambang masa kita lalu lalang dekat Jakarta pusat tu.

    Syukur Alhamdulillah kami semua selamat tiba di Kuala Lumpur dan kami memang balik hari ini pun.

    Sumber: Instagram

    The post Syida Melvin Kongsi Situasi Percutian Di Jakarta, Pilih Duduk Diam Tak Keluar Rumah – ‘Demonstrasi Depa Memang Luar Biasa’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah