27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syatilla Melvin Luah Rasa Sebak Anak Sulung Sudah Boleh Jadi Imam Solat – ‘Tiada Paksaan, Dia Sendiri Mahu’

    Shopee Sale



    Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin meluahkan rasa sebak apabila anak sulungnya, Syeriv Samheizy sudah boleh menjadi imam solat pada usia tujuh tahun.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Syatilla Melvin Kongsi Perkembangan Kesihatan – ‘Ini Ada Sesuatu Yang Tak Kena & Sangat Pelik’

    Artikel berkaitan: Syatilla Melvin Tak Tahu Punca Sakit, Alami Muntah, Cirit Birit & Mata Jadi Merah Selama Seminggu

    Dah boleh jadi imam

    Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla berkata, Syeriv menawarkan dirinya sendiri untuk mengetuai solat buat pertama kali di sebuah surau.

    Sekadar berkongsi.. anak bubu bapak dah boleh jadi imam. Ya Allah, sebak tak habis lagi bila teringat dia minta nak jadi imam bubu bulan lepas.

    Merambu air mata kita dalam sembahyang bila dengar anak kita baca bacaan dalam solat. Tak sangka sungguh dia betul-betul boleh ketuai bubu solat maghrib dekat surau foodcourt! Bubu takkan lupa surau tu sampai mati.

    Dalam pada itu, Syatilla turut meluahkan rasa bangga dan mendoakan agar Syeriv menjadi anak soleh dan dapat membimbing adik-adiknya.

    Tiada paksaan, dia sendiri mahu. Sekarang aku faham erti bangga yang sungguh bangga. Doakan Syeriv jadi anak soleh dunia akhirat, dapat jaga bimbing adik-adik buat kebaikan.

    Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 7, Sarima Samheizy, 4, dan Salama Samheizy, 3.

    MENARIK:  Noh Salleh & Isteri Sambut Kelahiran Tara Svara – ‘Sebuah Fasa Baru Untuk Kami’ 

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah