30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Noh Salleh & Isteri Sambut Kelahiran Tara Svara – ‘Sebuah Fasa Baru Untuk Kami’ 

    Shopee Sale

    Penyanyi Noh Salleh berkongsi isterinya Fatin Athira Mustapa, telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 21 November lalu.

    Artikel Berkaitan: Noh Salleh Bakal Timang Anak Perempuan

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hari Ini Genap 7 Bulan Kami Kehilangan Anak Dalam Kandungan’ – Noh Salleh

    Selamat bersalin

    View this post on Instagram

    A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh)

    Menerusi hantaran di Instagram, Noh memuat naik foto-foto momen ketika mereka menyambut kelahiran bayi tersebut di sebuah hospital.

    Pada tanggal 21 November isteri saya telah melahirkan anak kami yang pertama. Seorang anak perempuan yang sihat dan sangat cantik.

    Berkat doa restu orang tua, keluarga, sahabat dan anda semua, proses kelahiran sangat lancar dan meriah kerana ditemani pelukan ciuman dan sorakan.

    Dalam perkongsian yang sama, vokalis kumpulan Hujan tersebut juga turut berkongsi nama anak perempuannya itu.

    Sebuah fasa baru untuk kami dan mohon kalian doakan perjalanan sebagai ibu bapa ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Doakan aku, Athira dan Tara Svara.

    Ia memerlukan kami mengharungi pelbagai ujian yang dahsyat untuk menyedari bahawa hanya Allah Yang Maha Esa yang menentukan masa sempurna untuk sesuatu dituliskan menjadi milik kita. Tidak lambat, tidak terlalu cepat, perfect.

    Di ruangan komen pula, Noh dan isteri dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis serta warganet di atas kelahiran bayi mereka.

    MENARIK:  Langkah untuk Membeli Menang Lampin Applecrumby® Secara Percuma Selama Setahun yang Diinginkan!

    Pada September tahun lalu, Noh berkongsi khabar duka apabila kehilangan bayi ketika masih dalam kandungan.

    Imbas kembali, Noh mendirikan rumah tangga dengan Fatin Athira pada September 2023.

    Sebelum itu, Noh pernah berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina pada Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022.

    Hasil perkahwinan terdahulu, mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa.

    Sumber: Instagram Noh Salleh

    The post Noh Salleh & Isteri Sambut Kelahiran Tara Svara – ‘Sebuah Fasa Baru Untuk Kami’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah